Insuran masih ada tapi roadtax dah mati? Kenapa? Untuk pengetahuan para pembaca blog ini, antara sebab utama ia berlaku
1. anda membeli kereta terpakai (secondhand)
2. anda membeli roadtax 6 bulan
1. anda membeli kereta terpakai (secondhand)
Kebetulan semasa anda membeli dan tukar nama pemilik di usedcar kereta tersebut masih mempunyai roadtax yang masih valid. Ini kerana proses tukar nama perlukan insuran baru atas nama pemilik baru tetapi roadtax masih boleh guna selagi ia masih
belum tamat.
2. anda membeli roadtax 6 bulan
Insuran anda beli 1 tahun kerana memang wajib membeli untuk setahun. tetapi roadtax anda perbaharui 6 bulan. tetapi anda terlewat 2 bulan untuk sambung perbaharui 6 bulan lagi.
Atas sebab-sebab di atas anda perlu membeli insuran yang dipanggil Extension (sambung). Anda perlu buat extension insuran di agen insuran yang anda beli untuk tahun sebelum itu. Jika tidak, anda perlu juga ke mana-mana agen bagi insuran yang sama. Tujuannya untuk sambung insuran bagi mencukupkan 6 bulan bagi perbaharui roadtax 6 bulan.
Selepas proses ini iaitu insuran dan roadtax akan tamat pada tarikh yang sama.
& Atau Blog Sendiri
Extention (Sambung Insuran)
Posted by hadraa | 9:44 PTG | Extension Insuran, Sambung Insuran | 0 comments »Sekiranya anda belajar, berhijrah atau bekerja di luar negara, anda boleh membuat pindahan NCD milik anda ke luar negara. Saya pernah tolong pelanggan saya untuk mohon surat pengesahan NCD di sini bagi tujuan convert NCD di United Kingdom tapi negara lain saya tak pasti diterima atau tidak.
NCD yang kita ada akan ditukarkan dalam bentuk tahun. Kalau NCd di Malaysia 0%, 25%, 30%, 38.33%, 45% dan 55%. Tapi diluar negara mereka menggunakan tahun. Konsep NCD sama untuk mendapatkan diskaun semasa membeli insuran kenderaan.
Contohnya anda pernah membeli insuran dengan Takaful Ikhlas selama 3 tahun berturut-turut dari 2008, 2009, 2010 maka jika kita meminta pengesahan NCD dari Takaful Ikhlas untuk dibawa ke UK, NCD anda akan disahkan yang anda mempunyai NCD sebanyak 3 tahun.
Jadi ambil berat mengenai NCD untuk mendapatkan penjimatan semasa memperbaharui insuran kenderaan.
MUI Continential Terima Kereta Lama Comprehensive
Posted by hadraa | 11:08 PTG | Komprehensif, MUI Continential, perlindungan insuran | 0 comments »Mudharabah 15% Dari Syarikat Takaful Malaysia
Posted by hadraa | 10:54 PTG | Mudharabah, Takaful Malaysia | 0 comments »
Ini adalah antara cek yang diterima oleh pelanggan saya yang membeli insuran kenderaan dengan Syarikat Takaful Malaysia. Tamat saja tempoh setahun tanpa claim anda akan mendapat pulangan mudharabah yang telah dijanjikan oleh syarikat insuran tersebut.
Cek akan dipos mengikut alamat dalam polisi insuran kira-kira 3 bulan kemudian. Jadi ambil peluang ini untuk membeli insuran Takaful Malaysia. Tidak kira amaun sekecil mana tapi rasanya tidak kurang RM 5 akan dapat cek tersebut. Jika kurang RM 5 pulangan mudharabah akan didermakan.
Yamaha LC Panas
Posted by hadraa | 11:42 PTG | Kurnia Insurans, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia, Yamaha LC | 0 comments »Takaful Malaysia ada memperkenalkan produk baru insuran nyawa permohonan online di sini:
http://www.firstlife.com.my/Web/Home.aspx
Perlindungan RM40,000 dari premium serendah RM 155 / setahun.
Merujuk kepada pekeliling dari Persatuan Insuran Am (PIAM) bertarikh 9hb November 2010.
Bermula dari tarikh 1 hb Januari 2011 cukai perkhidmatan dengan kelulusan kerajaan akan dinaikkan dari 5% ke 6%. Oleh yang demikian semua kes seperti di bawah akan dikenakan kadar yang baru 6% :
1) Setiap risiko atau perlindungan yang bermula dari 1hb. Januari atau selepas.
2) Setiap quatation/sebutharga yang dikeluarkan dalam bulan Disember tetapi tarikh mula perlindungan pada 1hb januari 2011 atau selepas.
3) cover note/nota lindung yang dikeluarkan dalam bulan Disember tetapi tarikh mula perlindungan pada 1hb januari 2011 atau selepas.
Kerjasama wakil-wakil semua amatlah kami hargai.
Terima kasih.
Update 4 JANUARI 2011
ISM - Untuk Semak Syarikat Insuran dan Nilai NCD Anda
Posted by hadraa | 1:49 PTG | ismncd, NCD | 2 comments »Apakah kegunaan ISM ini? ISM ialah Insurance Services Malaysia merupakan penyedia database kepada sebilangan besar syarikat Insurans di Malaysia. Apakah kegunaannya kepada kita? Sesetengah ejen insuran atau orang tengah (Runner) tidak memberikan covernote kepada para pelanggan selepas memperbaharui Insuran dan Roadtax. Kenapa? Tentulah ada sebab-sebab yang hendak mereka sembunyikan daripada anda.
Anda boleh mengetahui Insuran Kereta Anda mengenai NCD (No Claim Discount), Nama Syarikat Insurans Anda. Caranya : Setiap SMS dicaj RM2.00
hanya taipkan ISMNCD NOKereta NOKP ---> SEND KE 36600
anda akan menerima SMS jawapan.
ataupun anda boleh taip POL Nokereta ----> SEND KE 36600
anda akan dicaj RM0.30
last update 4 JANUARI 2011
Panduan Harga Kereta Terkini
Posted by hadraa | 11:24 PG | Market value kereta, panduan harga kereta | 1 comments »Disertakan panduan harga kereta terkini update 4 Januari 2011 untuk panduan menetapkan harga sum cover atau perlindungan kereta anda. Panduan ini saya dapat dari Kurnia Insurans - Mestari Adjuster. Ini kerana pihak syarikat insuran akan membuat kiraan perlindungan ke atas tuntutan kenderaan anda sekiranya berlaku tuntutan berdasarkan harga semasa kereta (market value). Panduan Harga Kereta
Diakhir-akhir ini timbul kekeliruan para pelanggan umumnya dan pengguna kenderaan khasnya di Malaysia tentang polisi insuran 3-party atau pihak ketiga. Kebanyakkan syarikat insuran tidak mahu lagi mengeluarkan polisi kenderaan bagi pihak ketiga. Terdapat banyak sebab dan alasan yang diberikan melalui media. Sedangkan para ejen sendiri tidak tahu sebabnya. Pihak ejen hanya mengetahui perubahan-perubahan peraturan kira-kira seminggu awal dan ada yang tahu kurang 24 jam tentang perubahan polisi syarikat insuran.
Dan difahamkan hanya pejabat pos yang menerima polisi pihak ketiga itupun dengan harga yang sama sehari hanya 10 kes atau covernote sahaja yang dikeluarkan pada hari tersebut. Terdapat juga syarat yang dikenakan untuk kenderaan lama 20 tahun ke atas, pihak insuran memerlukan perakuan kelulusan inspection dari pihak PUSPAKOM sebelum membuka insuran perlindungan kenderaan tersebut.
Persoalannya apakah nasib kenderaan yang telah melebihi umur 20 tahun kira-kira tahun buatan 1989 ke bawah. Adakah mereka perlu membeli kenderaan baru? Perlu membuat pinjaman baru? Atau tidak perlu mempunyai cukai jalan.. Siapakah yang akan membela nasib mereka. Dimanakah motto yang diwar-warkan oleh PM sekarang ni iaitu "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

