Selasa, November 18, 2008

Khas Pelanggan EON dan Takaful Ikhlas

Kepada semua peserta Takaful IKHLAS terutamanya pelanggan-pelanggan EON, sekiranya berlaku sebarang musibah ke atas kenderaan anda, tuan/puan bolehlah menghubungi Pusat Perkhidmatan “EON SERVIS COLLISION REPAIR” di talian 1-800-188-999 untuk kemalangan atau kerosakan dan 1-800-88-3003 untuk membuat temujanji dan lain-lain pertanyaan. Mutu pembaikan dan alatganti tulin adalah dijamin sepenuhnya oleh EON.

Isnin, November 17, 2008

Kenderaan Dalam Pembiayaan Sewa Beli

Kebanyakkan kenderaan adalah dibeli oleh pemilik dengan membuat pembiayaan atau pinjaman dari syarikat sewa beli seperti bank atau syarikat kewangan di Malaysia. Adalah menjadi kewajipan oleh pembeli dengan membeli polisi insuran kenderaan dengan perlindungan konprehensif. Ini kerana dengan perlindungan yang terjamin disamping ianya adalah termasuk di dalam perjanjian dengan syarikat kewangan tersebut di bawah Akta Sewa Beli.