Jumaat, April 10, 2009

Rebet Tunai Sudah Tamat

Nampaknya pada tahun 2009 ini tiada lagi keistimewaan rebet tunai kepada rakyat Malaysia. Kerana tiada pengumuman bajet yang dibentangkan untuk tujuan itu. Bagi rebet tunai tahun April 2008-Mac 2009 telah tamat. Rebet masih boleh dituntut di pejabat pos berhampiran bagi rakyat Malaysia yang telah perbaharui cukai jalan dalam tempoh itu sehingga 14 April ini. Dalam tempoh itu bagi yang memperbaharui cukai jalan Sehingga 31 Mac 2009 sahaja. Lepas tarikh itu tidak dapat lagi mengambil duit rebet. Untuk maklumat lanjut sila hubungi hotline Pos Malaysia di talian 1300-300-300

Dimana Nak Buat Insurans Kereta Lama

Terdapat masalah tuan-tuan punya kenderaan pada awal tahun ini disebabkan terdapat sesetengah syarikat insuran tidak lagi menerima kenderaan yang telah lebih 20 Tahun, 15 Tahun dan hendak membuat insuran 3Party atau pihak ketiga.

Salah satu syarikat insuran tersebut ialah Kurnia Insurans. Kurnia Insurans tidak lagi menerima kes-kes baru untuk insuran 3 Party. Oleh kerana pelanggan Kurnia bilangannya adalah dalam jutaan orang, maka tempias kepada tuan-tuan punya kenderaan amat terasa. Ia adalah langkah-langkah awal untuk menggelakkan mereka mengalami kerugian.

Takaful ikhlas juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat peraturan tidak menerima kenderaan yang berisiko tinggi dan kenderaan yang telah menjangkau 20 Tahun.

Dalam banyak syarikat tidak menerima kenderaan usia 20 tahun untuk 3 party tetapi terdapat syarikat insurans yang berani untuk mengambil risiko ini iaitu Syarikat Takaful Malaysia. Tetapi mereka juga telah mengambil inisiatif awal dengan meningkatkan premium harga insurans untuk kenderaan 3party lebih kurang 2 kali ganda dari harga asal. Tetapi Syarikat ini tidak menerima kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat dan kenderaan perdagangan.

ISM (Insurance Services Malaysia)

ISM adalah Insurance Services Malaysia atau laman webnya www.ism.net.my. ISM ini adalah organisasi yang dianggotai oleh syarikat-syarikat Insurans di Malaysia. Mereka mempunyai database maklumat pelanggan untuk maklumat peratus NCD ( No Claim Discount ) yang diperlukan bagi sesebuah kenderaan untuk memperbaharui insuran.

Pihak wakil agensi sememangnya memerlukan maklumat tersebut untuk memastikan keuntungan pelanggan terjamin setiap tahun memperbaharui insuran sehinggalah tahun ke 5 iaitu 55% adalah NCD maksima bagi kenderaan persendirian. Untuk motorsikal nilai NCD maksima ialah 25% dan kenderaan perdagangan seperti lori juga adalah 25%.

Pihak pelanggan sendiri juga boleh menyemak NCD mereka sendiri hanya dengan menghantar khidmat pesanan ringkas atau SMS dengan menaipkan

NCD [No Kenderaan] [No Kad Pengenalan] dan hantar ke 39993
Contoh NCD WES1234 791110111000 hantar ke 39993

Setiap sms hantar dicaj RM 0.30 dan sms terima RM1.00

Contoh sms yang akan anda terima :
RM1.00 Your NCD for Vehicle WES1234 and owner 791110111000 is 55% efective 16/03/2009. Get print report at www.ism.net.my with code A16165.

anda juga boleh mendapatkan salinan NCD tersebut dengan masuk ke www.ism.net.my lepas tu klik Check NCD via SMS, klik NCD Report dan masukkan code tersebut.

Tips ini bagi pelanggan yang tidak mempunyai covernote lama atau polisi insurans terdahulu dari syarikat insurans.