Jumaat, Ogos 28, 2009

Insuran Pihak Ketiga

Diakhir-akhir ini timbul kekeliruan para pelanggan umumnya dan pengguna kenderaan khasnya di Malaysia tentang polisi insuran 3-party atau pihak ketiga. Kebanyakkan syarikat insuran tidak mahu lagi mengeluarkan polisi kenderaan bagi pihak ketiga. Terdapat banyak sebab dan alasan yang diberikan melalui media. Sedangkan para ejen sendiri tidak tahu sebabnya. Pihak ejen hanya mengetahui perubahan-perubahan peraturan kira-kira seminggu awal dan ada yang tahu kurang 24 jam tentang perubahan polisi syarikat insuran.

Dan difahamkan hanya pejabat pos yang menerima polisi pihak ketiga itupun dengan harga yang sama sehari hanya 10 kes atau covernote sahaja yang dikeluarkan pada hari tersebut. Terdapat juga syarat yang dikenakan untuk kenderaan lama 20 tahun ke atas, pihak insuran memerlukan perakuan kelulusan inspection dari pihak PUSPAKOM sebelum membuka insuran perlindungan kenderaan tersebut.

Persoalannya apakah nasib kenderaan yang telah melebihi umur 20 tahun kira-kira tahun buatan 1989 ke bawah. Adakah mereka perlu membeli kenderaan baru? Perlu membuat pinjaman baru? Atau tidak perlu mempunyai cukai jalan.. Siapakah yang akan membela nasib mereka. Dimanakah motto yang diwar-warkan oleh PM sekarang ni iaitu "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".