Isnin, Februari 28, 2011

MUI Continential Terima Kereta Lama Comprehensive

MUI Continential masih terima kereta lama (keluaran 1986 hingga 1996) kerana kereta untuk tahun keluaran tersebut amat sukar untuk mencari Syarikat Insuran yang mahu menerima kes bagi pelan Komprehensif / First Party. Tapi harga minima yang ditetapkan ialah RM12,000 perlindungan dan 15% loading.

Jumaat, Februari 25, 2011

Mudharabah 15% Dari Syarikat Takaful Malaysia


Ini adalah antara cek yang diterima oleh pelanggan saya yang membeli insuran kenderaan dengan Syarikat Takaful Malaysia. Tamat saja tempoh setahun tanpa claim anda akan mendapat pulangan mudharabah yang telah dijanjikan oleh syarikat insuran tersebut.

Cek akan dipos mengikut alamat dalam polisi insuran kira-kira 3 bulan kemudian. Jadi ambil peluang ini untuk membeli insuran Takaful Malaysia. Tidak kira amaun sekecil mana tapi rasanya tidak kurang RM 5 akan dapat cek tersebut. Jika kurang RM 5 pulangan mudharabah akan didermakan.

Rabu, Februari 23, 2011

Yamaha LC Panas

Seperti sedia maklum motosikal adalah kenderaan yang sangat ramai digunakan di Malaysia berbanding kereta. Ini kerana kos penggunaan yang jauh lebih rendah berbanding kereta. Tetapi penunggang motosikal antara yang banyak kes kemalangan di jalan raya. Pada hari ini motosikal jenama Yamaha LC mat terkenal di Malaysia jika dibandingkan di negara jiran seperti di Thailand dan Indonesia.


Oleh kerana terlalu terkenal dan harganya juga tidak kurang mahalnya, banyak kes kecurian motosikal dilaporkan setiap hari. Maka pihak insuran telah membuat pekeliling untuk mengenakan caj-caj tambahan bagi insuran motor model tersebut.


Syarikat Takaful Malaysia mulai tahun 2011 sudah tidak menerima kes yang melibatkan semua motosikal kecuali renewal. Manakala Takaful Ikhlas tidak menerima motosikal model tersebut melainkan renewal dan mesti All Rider dan minima perlindungan RM4000. Tapi Kurnia Insurans masih menerima motosikal model LC tetapi mulai 1 Mac 2011 harga perlindungan minima untuk semua motosikal ialah RM2000, All Rider, Loading Umur Pemandu dan Personal Accident (RM78).