Jumaat, Februari 28, 2014

Semakan Tarikh Cukai Jalan / Roadtax Tamat Tempoh

Semakan Tarikh Cukai Jalan / Roadtax Tamat Tempoh

Anda boleh buat semakan ke website JPJ.


--> Transaksi Dalam Talian --> Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor


Isikan maklumat No Mykad dan No Kenderaan.
Pastikan Cukai Jalan kenderaan anda tidak melebihi setahun.

Sabtu, Februari 22, 2014

Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA)

Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA)

Sebelum membuat insuran SPIKPA pekerja asing tersebut perlu membuat pemeriksaan kesihatan dengan FOMEMA di klinik yang berdekatan. Anda boleh membuat check online sekiranya pekerja tersebut telah lulus ujian FOMEMA di website FOMEMA


 

Jumaat, Februari 21, 2014

Insuran Perbaharui Permit Pekerja Asing

Insuran Perbaharui Permit Pekerja Asing Pas Lawatan (Kerja Sementara)



Untuk perbaharui Permit Pekerja Asing Majikan atau pekerja asing perlu membuat 3 jenis insuran sebelum hadir membuat permohonan di Pejabat Imigresen Negeri Atau Di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya.

3 jenis Insuran tersebut ialah :

1) Insuran Pekerja Asing (1 Tahun)
2) Insuran Guarantee / Bank Guarantee (sahlaku sekurang-kurangnya 18 bulan)
3) Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) ( 1 Tahun)


Khamis, Februari 20, 2014

Selasa, Februari 18, 2014

Insuran Untuk Kereta Lebih 15 Tahun Hingga 20 Tahun

Insuran Untuk Kereta Lebih 15 Tahun Hingga 20 Tahun



Untuk kereta melebihi 15 tahun hingga 20 tahun yang saya tahu syarikat insuran yang ambil untuk perbaharui Insuran ialah Kurnia Insurans dan Etiqa Takaful untuk perlindungan Comprehensive sahaja. Jika sekarang tahun 2014 maka kereta berusia 15 tahun hingga 20 tahun ialah kereta tahun buatan 1994 hingga 1998.

Kurnia Insuran - minima jumlah perlindungan RM 10,000 + loading untuk umur kenderaan dan perlu ada tambahan coverage. Etiqa Takaful - minima jumlah perlindungan RM 12,000 + loading umur kenderaan (15% atau 30% bergantung pada umur pemandu)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi agen-agen Insuran yang terdekat.

Sabtu, Februari 15, 2014

Saman Polis Trafik PDRM

Saman Polis Trafik PDRM


Kebetulan hari ini salah seorang pelanggan Insuran saya adalah bekas C/Insp Pesara Polis Cawangan Shah Alam Bahagian Jenayah. Kami ada membincangkan mengenai saman Polis Trafik.

Saya ajukan rungutan beberapa orang pelanggan yang mendakwa telah membayar saman Polis melalui orang tengah tetapi setelah 1-2 tahun saman tersebut masih wujud lagi dalam sistem PDRM.
Atas nasihat bekas C/insp Polis, beliau menasihatkan agar mendapatkan resit bayaran saman selepas bayaran dibuat. Ini untuk memastikan saman tersebut benar-benar telah diselesaikan.

Kebanyakan pembayar saman mudah terpedaya kerana mahu mendapatkan diskaun bayaran saman Polis. Tetapi akhirnya saman yang disangkakan telah dibayar masih ada dalam sistem.

Khamis, Februari 13, 2014

Semakan Saman Polis Di Myeg

Semakan Saman Polis Di Myeg

Register Login ID


Hasil Carian Saman



Contoh Gambar Semasa Kesalahan
Saman Polis/PDRM boleh disemak secara online di website MYEG. Anda hanya dikenakan bayaran RM 2.00 untuk setiap saman yang hendak dibayar. Resit akan dikeluarkan dan boleh dicetak selepas selesai membuat bayaran secara online.


Sebelum anda membuat semakan anda perlu mendaftar terlebih dahulu dalam sistem MYEG. Untuk semakan anda perlu masukkan login ID dan password ke dalam sistem MYEG. Bagi saman pada tahun 2011 setiap saman SPEEDING anda boleh melihat gambar semasa kesalahan dilakukan.

Anda perlu masukkan No Mykad Sahaja dan masukkan aksara yang tertera. Tekan butang "GO" untuk proses carian. Jika terdapat saman atas No MyKad akan disenarai semua No Kenderaan yang ada saman untuk Nama dan MyKad yang sama.

Jika anda belum lagi melihat saman anda secara online sila lakukan sekarang.

Rabu, Februari 12, 2014

Semakan ISM NCD Secara Online

Semakan ISM Public NCD Enquiry Secara Online

Untuk pengetahuan pemilik kenderaan, NCD (No Claim Discount) boleh disemak melalui online. Website melalui link ini.



Anda mesti isikan butiran yang bertanda * dan klik YES bahagian Terms and Conditions.

Pastikan NCD anda dikemaskini oleh ISM. Jika tidak sila hubungi Syarikat Insuran anda terdahulu.

Jumaat, Februari 07, 2014

Kenaikan Kadar Tarif Premium Insuran Kenderaan Di Malaysia

Kenaikan Kadar Tarif Premium Insuran Kenderaan Di Malaysia

We are pleased to inform that Bank Negara has approved on the revised Motor Tariff premium rates which shall take effect on 15 February 2014."

The revised Motor Tariff premium rates shall apply to all new and renewal motor policies issued on and after 15 February 2014.

Classes of vehicles subject to the premium adjustment are as follows:

1)    Private Car (Comprehensive & Third Party Cover)
2)    Motorcycle (Comprehensive & Third Party Cover)