Sabtu, Mac 10, 2007

Pemandu Dan Penumpang

Khas Untuk Pemandu Dan Penumpang

Insurans Kemalangan Persendirian

(Driver And Passengers Personal Accident Insurance)


Ini adalah polisi yang melindungi pemandu dan penumpang semasa memandu atau perjalanan dengan kenderaan sebagai penumpang, menaiki atau turun dari kenderaan yang dinamakan.


Satu polisi insurans yang direka khas untuk memberi perlindungan kepada pemandu dan penumpang-penumpangnya termasuk pampasan ke atas kematian, kehilangan keupayaan kekal dan perbelanjaan perubatan akibat kemalangan.


Ciri-ciri Unik



  • Permohonan yang mudah
  • Faedah dibayar sebagai tambahan kepada Polisi Kemalangan Diri yang lain
  • Faedah dibayar tanpa mengambil kira kecuaian pemandu
  • Faedah Kematian Kemalangan dan Kehilangan Keupayaan Kekal dilanjutkan untuk melindungi Pemegang Polisi 24 jam sehari tidak kira samada dia berada di dalam kenderaan yang dinamakan
  • Untuk penumpang kereta, teksi, van, trak, pacuan 4 roda
  • Perlindungan dari umur 3 hingga 70 tahun
  • Premium yang mampu dibayar adalah dari RM50.00 setahun

Tiada ulasan: