Selasa, Januari 04, 2011

Cukai Perkhidmatan DiNaikkan

Merujuk kepada pekeliling dari Persatuan Insuran Am (PIAM) bertarikh 9hb November 2010.

Bermula dari tarikh 1 hb Januari 2011 cukai perkhidmatan dengan kelulusan kerajaan akan dinaikkan dari 5% ke 6%. Oleh yang demikian semua kes seperti di bawah akan dikenakan kadar yang baru 6% :

1) Setiap risiko atau perlindungan yang bermula dari 1hb. Januari atau selepas.

2) Setiap quatation/sebutharga yang dikeluarkan dalam bulan Disember tetapi tarikh mula perlindungan pada 1hb januari 2011 atau selepas.

3) cover note/nota lindung yang dikeluarkan dalam bulan Disember tetapi tarikh mula perlindungan pada 1hb januari 2011 atau selepas.

Kerjasama wakil-wakil semua amatlah kami hargai.

Terima kasih.

Update 4 JANUARI 2011

Tiada ulasan: