Memaparkan catatan dengan label CIMB AVIVA Takaful. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CIMB AVIVA Takaful. Papar semua catatan

Ahad, Disember 14, 2008

CIMB AVIVA Takaful Tidak Membuat Insuran Kenderaan

Mulai 22 Oktober 2008 CIMB AVIVA Takaful telah membuat keputusan untuk tidak lagi membuat insuran kenderaan setelah beberapa tahun menjadi salah satu syarikat insuran takaful. Ini kerana mereka telah memberhentikan operasi tersebut dan hanya menumpukan bagi perkhidmatan PA (Personal Accident) dan Kebakaran sahaja di samping insuran Kerja (Non-Motor).
Di samping persaingan yang hebat dalam industri insuran kenderaan, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan dari segi kos, pengurusan syarikat, tuntutan pelanggan dan lain-lain.

Selasa, April 10, 2007

Teksi - Takaful Tidak Menginsuranskan

Teksi adalah antara kenderaan yang tidak diluluskan dalam insurans Takaful Ikhlas dan Commerce Takaful. Adalah tidak dapat dipastikan antara sebab-sebabnya. Mungkin teksi adalah kenderaan yang berisiko tinggi. Oleh itu ia dikecualikan dari insurans takaful. Selain itu dari pengalaman kami memperbaharui insurans untuk pelanggan kami, antara kenderaan lain yang dikecualikan oleh Takaful Ikhlas ialah Ford Ranger Extreme dan Toyota Harrier. Alasannya adalah kenderaan tersebut 'panas'. Banyak kes kecurian bagi kedua-dua jenama ini. Tapi kenderaan ini masih boleh diinsuranskan oleh syarikat Kurnia Insurans. Mereka masih menerima untuk diinsuranskan bagi kenderaan 'panas' ini.