Rabu, Julai 23, 2008

Mudharabah 10 Peratus

Syarikat Takaful Malaysia telah mengisytiharkan MUDHARABAH sebanyak 10% dari jumlah sumbangan insurans dengan syarat tiada sebarang tuntutan yang dibuat contohnya tuntutan bagi kemalangan kenderaan. Untuk keterangan lebih lanjut sila layari Info mudharabah Menarik bukan!.

Apa dia mudharabah? Mudharabah adalah prinsip yang menjadi asas perjanjian takaful yang memberi hak berkongsi untung kepada peserta daripada hasil operasi perniagaan Syarikat. Nisbah perkongsian pada masa ini adalah 40 : 60 diantara peserta dan syarikat untuk Perniagaan Takaful Am.

Jumaat, Julai 18, 2008

Ejen Takaful Malaysia

Seperti yang orang ramai tahu, Syarikat Takaful Malaysia hanya mempunyai agensi cawangan seperti cawangan Klang sahaja. Tetapi Kami telah dilantik sebagai ejen insurans bagi takaful Malaysia setelah pendaftaran terbuka kepada ejen perseorangan seperti syarikat insurans lain. Kami tertarik kepada syarikat insurans takaful Malaysia kerana ia adalah salah satu syarikat insurans takaful yang pertama di Malaysia.

Khamis, Julai 17, 2008

Nama Pemandu Kedua

Kebanyakan pemilik kenderaan, semasa memperbaharui insurans tidak memasukkan nama pemandu kedua (2ND NAMED DRIVER) dalam nota lindungan insurans. Antara kepentingan nama tersebut ialah jika pemandu kedua ( yang tidak dinamakan) memandu kenderaan terbabit dan terlibat dalam kemalangan, maka Endosement 2F - Lebihan (EXCESS) akan dikenakan sebanyak RM400 (bagi PRIVATE CAR) ke atas peserta untuk kerosakan kenderaan terbabit.

Pemilik kenderaan dinasihatkan untuk memasukkan nama pemandu kedua kerana ia adalah percuma. Bagi nama ketiga dan seterusnya akan dikenakan tambahan RM10.00 bagi setiap tambahan nama. Atau pun bagi ALL DRIVER tambahan RM50.00.

Syarat pemandu kedua mestilah:

1. Berumur lebih 21 tahun

2. Pemegang Lesen Penuh (Bukan PROVISIONAL)

3. Pemegang Lesen Penuh melebihi 2 tahun

Harap maklum.

Rabu, Julai 16, 2008

Maklumat REBET Tunai Subsidi Minyak

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan, Pos Malaysia Berhad (PMB) telah dilantik sebagai pengendali untuk pembayaran Rebet Tunai kepada pemilik kenderaan yang layak.

Proses pembayaran terbahagi kepada dua fasa :

Untuk Fasa Pertama, rakyat Malaysia yang layak menerima Rebet Tunai ialah kenderaan yang memperbaharui cukai jalan mulai tarikh efektif dari 1 April 2008 sehingga 31 Mei 2008. Pemilik kenderaan tersebut boleh mula menuntut subsidi di 683 cawangan pejabat-pejabat pos daripada 14 Jun 2008 (Sabtu) Sehingga 31 Mac 2009.

Untuk Fasa Kedua, pemilik kenderaan yang telah membeli atau baru memperbaharui cukai jalan mereka pada 1 Jun 2008 sehingga 31 Mac 2009, mereka boleh mula membuat tuntutan potongan wang di pejabat-pejabat pos pada 1 Julai 2008 (Selasa) dan seterusnya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan PMB PosLine boleh menghubungi 1-300-300-300 (kecuali di Sabtu bulan pertama ) atau melayari laman web di http://www.pos.com.my/ atau ke pejabat pos terdekat.