Memaparkan catatan dengan label Kurnia Insurans. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurnia Insurans. Papar semua catatan

Selasa, Julai 19, 2016

Insurans Motosikal Pihak Ketiga ( 3 Party ) Kurnia Insurans


Kami ada menjual Insurans Motosikal Pihak Ketiga ( 3 Party ) Kurnia Insurans All Rider + Personal Accident (MCPA Plan A RM 23.00 Cover RM 5000 Kematian Akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal).

Untuk maklumat lanjut whatsapp / telegram saya 019-2119641 (Azian ) sertakan maklumat seperti salinan geran atau insuran lama untuk memudahkan saya memberi quotation insurans.

Selasa, Ogos 20, 2013

Kurnia Wujudkan Apps Android Kurnia One Touch

Kurnia Wujudkan Apps Android Kurnia One Touch


Kurnia Insuran telah maju setapak lagi dengan mewujudkan app android Kurnia One Touch untuk memudahkan pelanggan mendapat servis yang terbaik. Anda boleh install apps percuma di google play.

Matlamat Kurnia Insuran :


"The Kurnia One Touch is designed to reduce stress for our policyholders by saving time in the event of an emergency," he told reporters after the official launch of the application here today."


"The launch is timely due to an uptrend in the usage of smartphones, especially in retrieving information or getting assistance in times of need," 

Rabu, Februari 23, 2011

Yamaha LC Panas

Seperti sedia maklum motosikal adalah kenderaan yang sangat ramai digunakan di Malaysia berbanding kereta. Ini kerana kos penggunaan yang jauh lebih rendah berbanding kereta. Tetapi penunggang motosikal antara yang banyak kes kemalangan di jalan raya. Pada hari ini motosikal jenama Yamaha LC mat terkenal di Malaysia jika dibandingkan di negara jiran seperti di Thailand dan Indonesia.


Oleh kerana terlalu terkenal dan harganya juga tidak kurang mahalnya, banyak kes kecurian motosikal dilaporkan setiap hari. Maka pihak insuran telah membuat pekeliling untuk mengenakan caj-caj tambahan bagi insuran motor model tersebut.


Syarikat Takaful Malaysia mulai tahun 2011 sudah tidak menerima kes yang melibatkan semua motosikal kecuali renewal. Manakala Takaful Ikhlas tidak menerima motosikal model tersebut melainkan renewal dan mesti All Rider dan minima perlindungan RM4000. Tapi Kurnia Insurans masih menerima motosikal model LC tetapi mulai 1 Mac 2011 harga perlindungan minima untuk semua motosikal ialah RM2000, All Rider, Loading Umur Pemandu dan Personal Accident (RM78).

Jumaat, April 10, 2009

Dimana Nak Buat Insurans Kereta Lama

Terdapat masalah tuan-tuan punya kenderaan pada awal tahun ini disebabkan terdapat sesetengah syarikat insuran tidak lagi menerima kenderaan yang telah lebih 20 Tahun, 15 Tahun dan hendak membuat insuran 3Party atau pihak ketiga.

Salah satu syarikat insuran tersebut ialah Kurnia Insurans. Kurnia Insurans tidak lagi menerima kes-kes baru untuk insuran 3 Party. Oleh kerana pelanggan Kurnia bilangannya adalah dalam jutaan orang, maka tempias kepada tuan-tuan punya kenderaan amat terasa. Ia adalah langkah-langkah awal untuk menggelakkan mereka mengalami kerugian.

Takaful ikhlas juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat peraturan tidak menerima kenderaan yang berisiko tinggi dan kenderaan yang telah menjangkau 20 Tahun.

Dalam banyak syarikat tidak menerima kenderaan usia 20 tahun untuk 3 party tetapi terdapat syarikat insurans yang berani untuk mengambil risiko ini iaitu Syarikat Takaful Malaysia. Tetapi mereka juga telah mengambil inisiatif awal dengan meningkatkan premium harga insurans untuk kenderaan 3party lebih kurang 2 kali ganda dari harga asal. Tetapi Syarikat ini tidak menerima kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat dan kenderaan perdagangan.

Jumaat, Disember 12, 2008

Perubahan Harga Minima Insuran Kenderaan

Kurnia Insurans telah menetapkan perubahan harga minima bagi jumlah harga perlindungan insuran bagi kenderaan seperti berikut:
Kereta/ Van - Minima RM 10,000
Kenderaan Komersial/Lori/Treler
- A Permit Minima RM 25,000
- C Permit Minima RM 20,000
- Speacial Vehicle Minima RM 20,000
- Others Minima RM 15,000






Khamis, Disember 11, 2008

Insuran Kenderaan NGV

Untuk pengetahuan anda, kenderaan yang menggunakan NGV kos penggunaan bahan bakar adalah jimat 75% dari kos penggunaan bahan bakar petrol. Di samping cukai jalan yang lebih rendah kira-kira 25% dari cukai jalan asal, penggunaan NGV adalah pilihan utama para pengguna kenderaan di Malaysia.

Bagi pengguna NGV, jika anda menginsurankan kenderaan anda dengan insuran Komprehensif, anda mesti menginsurankan tangki NGV anda. Kurnia Insurans ada menyediakan pakej insuran bagi kategori NGV. Terdapat tambahan premium insuran. Minimum insuran tangki NGV adalah RM 1,000.00.

Jika anda memilih tidak menginsurankan tangki NGV maka insuran Komprehensif anda tidak melindungi kenderaan anda. Ini kerana risiko tangki tersebut adalah besar. Jika berlaku kemalangan, kebarangkalian untuk meletup adalah tinggi.


Adalah menjadi keutamaan bagi insuran

Rabu, Disember 10, 2008

Third-Party Kenderaan Komersial dan Kereta

Mulai 18 November 2008 Kurnia Insurans telah mengeluarkan arahan bertulis tidak lagi membenarkan issue insuran bagi third-party atau pihak ketiga bagi :

- Kereta / Van
- Kenderaan Komersial ( Lori/Treler)

Selasa, April 10, 2007

Teksi - Takaful Tidak Menginsuranskan

Teksi adalah antara kenderaan yang tidak diluluskan dalam insurans Takaful Ikhlas dan Commerce Takaful. Adalah tidak dapat dipastikan antara sebab-sebabnya. Mungkin teksi adalah kenderaan yang berisiko tinggi. Oleh itu ia dikecualikan dari insurans takaful. Selain itu dari pengalaman kami memperbaharui insurans untuk pelanggan kami, antara kenderaan lain yang dikecualikan oleh Takaful Ikhlas ialah Ford Ranger Extreme dan Toyota Harrier. Alasannya adalah kenderaan tersebut 'panas'. Banyak kes kecurian bagi kedua-dua jenama ini. Tapi kenderaan ini masih boleh diinsuranskan oleh syarikat Kurnia Insurans. Mereka masih menerima untuk diinsuranskan bagi kenderaan 'panas' ini.