Memaparkan catatan dengan label windscreen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label windscreen. Papar semua catatan

Sabtu, September 24, 2016

Cara-Cara Untuk Membuat Tuntutan Windscreen TAKAFUL IKHLAS

Cara-Cara Untuk Membuat Tuntutan Windscreen TAKAFUL IKHLAS

Cara ini untuk anda yang hendak membuat tuntutan terus kepada pihak TAKAFUL IKHLAS. Situasinya anda telah pecah cermin emergency dan anda telah mendahulukan wang anda untuk kos pembaikan kepada bengkel. Pihak insuran hanya menerima tuntutan anda dalam masa 2 minggu dari tarikh ANDA MEMBUAT PENUKARAN WINDSCREEN (berdasarkan tarikh pada gambar dan invois)

Antara dokumen yang anda perlukan untuk membuat tuntutan :

1- Borang tuntutan windscreen. Boleh download dari website Takaful ikhlas
2- Gambar pembaikan sebelum dan selepas
3- Invois bil pembaikan dari bengkel

4- Salinan buku akaun bank (kerana pihak Takaful Ikhlas akan membuat e-payment terus ke akaun bank anda)

AWAS : TIDAK SEMUA SYARIKAT INSURANS MENERIMA CARA TUNTUTAN SEPERTI INI. SILA DAPATKAN NASIHAT DARI AGEN INSURAN KENDERAAN ANDA.

Sabtu, Julai 25, 2015

Tuntutan Windscreen AmGeneral Insurance Siri 2

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mudah Membuat Tuntutan cermin kenderaan:

Langkah 1: Hantar kenderaan dengan cermin yang rosak kepada mana-mana bengkel panel kami.
Langkah 2: Panel bengkel akan membaiki atau menggantikan cermin yang rosak & melepaskan kenderaan - Tiada bayaran pendahuluan diperlukan dari pelanggan
Langkah 3: Panel bengkel akan menyusun dokumen dan mengemukakan kepada AmGeneral Insurance untuk pemprosesan & berurusan dengan kami mengenai pembayaran tuntutan - Pelanggan tidak perlu terlibat dengan proses.


Ahad, Julai 19, 2015

Tuntutan Windcsreen AmGeneral Insurance Siri 1



Seperti yang anda tahu, AmGeneral Insurance, kami sentiasa berusaha keras untuk mengubah cara kita bekerja dan sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih baik, kami gembira untuk mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Ogos 2014, kami memperkenalkan improvisasi proses cermin kenderaan Tuntutan dengan bengkel panel kami.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan satu proses yang mudah untuk pemegang polisi tanpa mengenepikan kawalan kos. Dengan sokongan anda, kami mahu pemegang polisi kami untuk menggunakan panel bengkel kami untuk tuntutan cermin.

Dengan berurusan dengan bengkel panel kami, ini akan mengelakkan proses yang tidak perlu bagi pemegang polisi kami, menyebabkan satu pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Kita juga tahu bahawa bengkel panel kami akan mengambil kira jangkaan kos dan jangkaan kami ke arah mereka sebagai pembaik pilihan.

Tuntutan cermin kenderaan mudah apabila menggunakan AmGeneral Insurance Panel Bengkel Pembaikan

Kami amat menggalakkan pemegang polisi kami untuk berhubung terus berkenaan cermin yang rosak ke bengkel panel kami dan menikmati faedah eksklusif berikut:

  • Proses tuntutan sangat mudah  - perjanjian panel bengkel dengan AmGeneral Insurance secara langsung
  • Bayaran pendahuluan tidak diperlukan & tiada pertikaian dalam tawaran
  • Prosedur yang mudah / dokumen - Laporan polis, pra & selepas pemeriksaan tidak diperlukan apabila menggunakan panel bengkel kami
  • Rangkaian bengkel panel yang meluas
  • Lebih Baik pembaikan mutu kerja
  • Berurusan dengan hanya bengkel panel berdaftar dengan PIAM

Selasa, Disember 16, 2008

Panduan Harga Windscreen

Setelah dirujuk dari bengkel panel, tersebut adalah panduan harga bagi Perlindungan Cermin Kenderaan (Cover untuk cermin di sekeliling kenderaan anda kecuali 2 side mirror).

Harga di bawah ini adalah harga minimum untuk perlindungan Windscreen :

Atos - RM 700
Viva - RM 500
Nissan XTrail - RM 1000
Mitsubishi Triton L200 - RM 1000
Toyota Ipsum - RM 2200
Toyota Estima - RM 3000
Toyota Camry - RM 3000
Toyota Innova - RM 800
Satria Neo - RM 800
Wira - RM 500
Saga BML - RM 600
Suzuki Swift - RM 2000
Waja - RM 600
Iswara - RM 500
Kelisa - RM 500
Kenari - RM 600
Kancil - RM 400
MyVi - RM 600
Alza - RM 800
Kembara - RM 600
Vios - RM 800
Altis 2014 - RM 1500
Altis First Model - RM 800
Altis Second Model - RM 1200
Wish - RM 3000
Caldina - RM 2400
Avanza - RM 800
Unser - RM 900
Naza Citra - RM 700
Naza Ria - RM 1000
Hyundai Sonata - RM 1700
Hyundai Accent - RM 2000
Proton Perdana - RM 800
Proton Persona - RM 800
Proton Exora - RM  800
BMW - RM 4000
Mercedes - RM 3000
Honda City - RM 1200
Honda Civic - RM 1200
Honda Accord - RM 1200
Honda Stream - RM 1500
Ford Ranger - RM 1000
Nissan Sentra - RM 1000
Nissan Grand Livina - RM 1000
Proton Preve - RM 800
Volvo 940 GL - RM 1500

Ini adalah senarai harga cermin antara pelanggan kami tidak termasuk tinted.
Last update 10 September2015

Kiraan Windscreen adalah berdasarkan 15% dari nilai di atas.
Contohnya : Kereta MyVi hendak insurankan cermin RM600.
0.15 x 600 = RM90.00

Jika anda hendak membuat tuntutan cermin, anda perlu membawa
1. Dokumen polisi atau covernote
2. Salinan geran terbaru
3. Salinan kad pengenalan
4. Salinan lesen memandu
Polis Report tidak perlu.

Kenderaan perlu dihantar ke bengkel panel untuk memudahkan tuntutan. Untuk insuran Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia pelanggan boleh membuat tuntutan di mana-mana bengkel tapi anda perlu membayar dahulu kos pembaikan, invois repair tersebut boleh claim pada syarikat insuran tersebut. Jika insuran anda adalah Kurnia Insuran sila pergi ke bengkel panel. Jangan sesekali membuat penggantian di mana-mana bengkel. Ini kerana prosedur Kurnia Insuran.