Sabtu, Mac 03, 2007

Ketatkan Topi Keledar Anda


Tidak ramai yang tahu, topi keledar yang kita gunakan diperbuat daripada adunan fiber, kaca istimewa serta karbon. Pada bahagian luarnya diperbuat daripada polistirena khas dengan pengalas anti-kebakaran. Di sebelah dalamnya untuk mengurangkan hentaman pelanggaran dan mengelakkan kelecuran. Tahukah anda setiap topi keledar yang bermutu telah melalui ujian terperinci sebelum dijual kepada anda?

Topi keledar boleh menjamin keselamatan anda – sekiranya anda menggunakannya dengan betul iaitu dengan mengikat topi keledar dengan rapi semasa memakainya. Ingatlah, sekiranya anda tidak mengikatnya dengan ketat, topi keledar yang terbaik pun tidak dapat menyelamatkan anda.


Jadi, sentiasa gunakanlah topi keledar anda semasa menunggang motosikal walaupun cuma ke kedai di hujung jalan untuk membeli ais krim.


Pastikan topi keledar anda dipasang dengan cermat, betul dan diikat ketat.

Tiada ulasan: