Jumaat, April 10, 2009

Dimana Nak Buat Insurans Kereta Lama

Terdapat masalah tuan-tuan punya kenderaan pada awal tahun ini disebabkan terdapat sesetengah syarikat insuran tidak lagi menerima kenderaan yang telah lebih 20 Tahun, 15 Tahun dan hendak membuat insuran 3Party atau pihak ketiga.

Salah satu syarikat insuran tersebut ialah Kurnia Insurans. Kurnia Insurans tidak lagi menerima kes-kes baru untuk insuran 3 Party. Oleh kerana pelanggan Kurnia bilangannya adalah dalam jutaan orang, maka tempias kepada tuan-tuan punya kenderaan amat terasa. Ia adalah langkah-langkah awal untuk menggelakkan mereka mengalami kerugian.

Takaful ikhlas juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat peraturan tidak menerima kenderaan yang berisiko tinggi dan kenderaan yang telah menjangkau 20 Tahun.

Dalam banyak syarikat tidak menerima kenderaan usia 20 tahun untuk 3 party tetapi terdapat syarikat insurans yang berani untuk mengambil risiko ini iaitu Syarikat Takaful Malaysia. Tetapi mereka juga telah mengambil inisiatif awal dengan meningkatkan premium harga insurans untuk kenderaan 3party lebih kurang 2 kali ganda dari harga asal. Tetapi Syarikat ini tidak menerima kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat dan kenderaan perdagangan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu buat begini setelah bertahun tahun mengaut keuntungan dari orang ramai
?tidak kasihan kah anda kepada mereka yang berpendapatan rendah dan terpaksa menanggung beban bil-bil yang lain

Tam berkata...

bukan tindakkan yang pandai pun...sebab kebanyakkan keta yg sering hilang atau terbabit kemalangan adalah keta2 baru keta lama2 ni jarang nak kena curi,jarang xcident(tak jalan jauh2)...saja syarikat insuren nak untung lebih dengan buat cara camtu..mana yang didahulukan dan di utamakan tak tahu la aku..