Rabu, Februari 23, 2011

Yamaha LC Panas

Seperti sedia maklum motosikal adalah kenderaan yang sangat ramai digunakan di Malaysia berbanding kereta. Ini kerana kos penggunaan yang jauh lebih rendah berbanding kereta. Tetapi penunggang motosikal antara yang banyak kes kemalangan di jalan raya. Pada hari ini motosikal jenama Yamaha LC mat terkenal di Malaysia jika dibandingkan di negara jiran seperti di Thailand dan Indonesia.


Oleh kerana terlalu terkenal dan harganya juga tidak kurang mahalnya, banyak kes kecurian motosikal dilaporkan setiap hari. Maka pihak insuran telah membuat pekeliling untuk mengenakan caj-caj tambahan bagi insuran motor model tersebut.


Syarikat Takaful Malaysia mulai tahun 2011 sudah tidak menerima kes yang melibatkan semua motosikal kecuali renewal. Manakala Takaful Ikhlas tidak menerima motosikal model tersebut melainkan renewal dan mesti All Rider dan minima perlindungan RM4000. Tapi Kurnia Insurans masih menerima motosikal model LC tetapi mulai 1 Mac 2011 harga perlindungan minima untuk semua motosikal ialah RM2000, All Rider, Loading Umur Pemandu dan Personal Accident (RM78).

Tiada ulasan: