Khamis, Disember 19, 2013

Takaful Ikhlas Sdn Bhd

Takaful Ikhlas Sdn Bhd

Takaful Ikhlas adalah sinonim dengan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam, yang menawarkan pelan Takaful Keluarga & Am secara komprehensif berdasarkan prinsip-prinsip Syariah. Kami mengamalkan keadilan, keikhlasan, ketelusan, penghargaan dan berkongsi risiko di dalam semua urusan perniagaan kami.

Kami telah menubuhkan rangkaian perniagaan kami di Malaysia dengan mempunyai lebih daripada 5,000 ejen termasuk broker, institusi kewangan, pemegang francais motor dan badan-badan Islam.

Hari ini lebih daripada 1.8 juta individu dan syarikat telah menjadi pelanggan kami. Kami percaya dan yakin kepada warga kerja kami yang profesional lagi dinamik, berpengalaman dan berdedikasi, rangkaian pusat khidmat di seluruh negara ditambah pula dengan perancangan yang inovatif dan sistem yang berkualiti.

Matlamat utama kami adalah untuk menyentuh kehidupan semua melalui perhubungan yang akrab, kepercayaan dan inovasi.

Tiada ulasan: