Sabtu, Februari 15, 2014

Saman Polis Trafik PDRM

Saman Polis Trafik PDRM


Kebetulan hari ini salah seorang pelanggan Insuran saya adalah bekas C/Insp Pesara Polis Cawangan Shah Alam Bahagian Jenayah. Kami ada membincangkan mengenai saman Polis Trafik.

Saya ajukan rungutan beberapa orang pelanggan yang mendakwa telah membayar saman Polis melalui orang tengah tetapi setelah 1-2 tahun saman tersebut masih wujud lagi dalam sistem PDRM.
Atas nasihat bekas C/insp Polis, beliau menasihatkan agar mendapatkan resit bayaran saman selepas bayaran dibuat. Ini untuk memastikan saman tersebut benar-benar telah diselesaikan.

Kebanyakan pembayar saman mudah terpedaya kerana mahu mendapatkan diskaun bayaran saman Polis. Tetapi akhirnya saman yang disangkakan telah dibayar masih ada dalam sistem.

Tiada ulasan: