Isnin, Julai 13, 2015

Withdraw NCD Untuk Transfer Ke Kereta Lain

Withdraw NCD Untuk Transfer Ke Kereta Lain


Withdraw NCD boleh dilakukan ke atas Kereta Lain (Lama/Baru) Asalkan nama pemilik adalah sama. Ia dilakukan untuk mendapatkan pengurang bayaran Insuran.

Jika NCD kereta A ( NCD 55%) hendak dipindah ke kereta B (NCD 0%). Sebab cover kereta B tinggi maka jika dimasukkan NCD 55% bayaran Insuran murah sedikit. 

1) Jika kereta A sudah expired maka NCD 55% sudah boleh dipindahkan terus.
2) Jika kereta A masih berinsuran dan belum expired maka anda perlu pergi ke Branch Insuran untuk membuat proses Withdraw NCD. Pihak insuran akan membuat endosment.

Tetapi perlu diingatkan pihak Insuran akan bertanyakan samada kereta tersebut hendak dijual atau tidak. Jika tidak dijual anda perlu membayar (topup) sejumlah amaun untuk mengantikan bayaran NCD 55% yang telah ditolak ketika memperbaharui insuran sebelum ini.

Tiada ulasan: