Jumaat, Ogos 21, 2015

Menyambung Tempoh Polisi Insurans (Extension)

Menyambung Tempoh Polisi Insurans untuk Membolehkan Memperbaharui Cukai Jalan

Bagi kenderaan persendirian, jika tempoh insurans yang dimiliki pelanggan tidak mencukupi bilangan hari sama ada 6 bulan atau setahun, cukai jalan tidak dapat diperbaharui. Ini disebabkan pihak JPJ tidak membenarkan cukai jalan dikeluarkan kepada kenderaan yang tidak dilindungi insurans.

Situasi ini berlaku apabila pelanggan telah memperharui Insurans tetapi tidak terus memperbaharui cukai jalan melebihi 10 hari. Ataupun, pelanggan hanya memperbaharui cukai jalan untuk tempoh 6 bulan dan lewat melebihi 10 hari untuk memperbaharui cukai jalan bagi tempoh 6 bulan yang berikutnya. Ataupun, pelanggan membeli kereta second hand yang telah mempunyai cukai jalan sedia ada dan hanya perlu mendapatkan polisi insurans dengan tarikh terkini yang berbeza.

Jika anda menghadapi situasi ini, anda hanya perlu membuat sambungan (extention) polisi insurans sedia ada untuk mencukupkan tempoh insuran sama ada 6 bulan atau setahun bagi membolehkan sistem JPJ mengeluarkan cukai jalan. Bayaran adalah berdasarkan kiraan prorata. Oleh itu, jika jumlah hari yang perlu ditambah sangat banyak adalah lebih baik anda memperbaharui insurans untuk tempoh setahun lengkap bagi menikmati kenaikan kadar NCD.

Tips membuat sambungan tempoh insurans (extension)..
1) Kenalpasti insurans yang telah dimiliki
2) Rujuk kepada ejen syarikat insurans tersebuat atau
3) Rujuk kepada cawangan atau HQ syarikat insurans tersebut.

Tiada ulasan: