Sabtu, September 05, 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Membeli Perlindungan Insurans Kenderaan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Membeli Perlindungan Insurans Kenderaan

1 - Kepentingan Insuran

Pastikan anda membeli Insurans sebaik sahaja anda membeli kenderaan tidak kira kenderaan  terpakai atau baru. Sekiranya anda membeli kenderaan terpakai, pastikan anda melindungi kepentingan anda dengan membeli polisi Insurans yang baru. Ini kerana perlindungan Insurans pemilik dahulu tidak lagi sah walaupun pindahmilik yang sah belum lagi dibuat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. 

2 - Nilai Di Insuranskan / Jumlah Di Insuranskan "Sum Cover"  (PENTING)

Pastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan "Sum Cover" secukupnya.
Kenderaan baru : nilai diinsuranskan = harga belian
Kenderaan lain : nilai diinsuranskan = nilai pasaran kenderaan semasa polisi dibeli "current market" 

Terkurang Insurans :  Jika nilai diinsuranskan rendah daripada nilai pasaran, anda dianggap menginsuranskan sendiri perbezaan tersebut. Jika berlaku kerugian, anda akan dibayar (dilindungi) hanya sebahagian daripada gantirugi.

Terlebih Insurans : Jika nilai diinsuranskan tinggi daripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimum adalah nilai pasaran kenderaan tersebut. Anda tidak boleh mendapat keuntungan daripada tuntutan Insurans (Prinsip Indemniti)

3 - Klausa Purata

Ia diguna pakai apabila kenderaan anda yang terkurang Insurans mengalami kerosakan. Tuntutan Insurans anda akan dikurangkan dengan nisbah nilai kenderaan yang tidak diinsuranskan, contohnya jika nada menginsuranskan kenderaan anda sehingga 70% daripada nilai pasaran, syarikat Insurans hanya akan membayar 70% daripada jumlah kos pembaikan.

4 - Pendedahan

Nyatakan semua fakta penting, contohnya kemalangan yang dialami sebelum ini dan pengubahsuaian enjin. Jika anda gagal berbuat demikian, syarikat Insurans mungkin akan menolak tuntutan anda atau sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut. 

5 - NCD "No Claim Discaount" Diskaun Tanpa Tuntutan

Premium yang perlu dibayar boleh dikurangkan oleh kelayakan NCD anda. NCD akan diberikan sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi anda dalam tempoh 12 bulan sebelum itu. Kelayakan NCD bergantung kepada kelas kenderaan anda dan bilangan tahun pengalaman memandu yang berterusan dengan tanpa tuntutan. Anda akan kehilangan keseluruhan kelayakan NCD anda apabila tuntutan dibuat atas kerosakan sendiri atau pihak ketiga dibuat terhadap polisi anda.
Tahun Nilai NCD
1 0.00%
2 25.00%
3 30.00%
4 38.33%
5 45.00%
6 55.00%

6 - Ekses

Ia adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung manakala syarikat Insurans akan membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jika polisi anda mempunyai ekses, anda perlu membayar jumlah ekses terus kepada bengkel pembaikan kenderaan.

Walaubagaimana pun terdapat juga syarikat Insurans yang tidak mengenakan ekses. Anda boleh membuat pemerhatian sendiri. Ekses dikenakan bergantung dengan nilai keupayaan "CC" sesebuah model kenderaan. semakin besar nilai keupayaan "CC" semakin tinggi nilai ekses. Ia dikira nisbah 1 : 100 contoh Sum cover : RM 50,000 maka nilai ekses ialah RM 500.

Ekses ini dibayar pada bengkel pembaikan untuk mempercepatkan proses tuntutan kenderaan anda.
Pada pengalaman pihak kami sendiri, anda juga boleh tawar-menawar dengan pihak bengkel untuk mendapat diskaun ekses jika mereka boleh beri diskaun.

7 - Pembayaran Premium

i - Premium hendaklah dibayar kepada ejen yang mewakili syarikat Insurans anda atau secara terus kepada Syarikat Insurans sebelum perlindungan dapat diberikan.

ii - Pembayaran boleh dibuat dengan nilai tunai, transfer bank dan kad kredit.

iii - Pastikan anda menerima resit bagi premium yang dibayar kepada ejen Insurans atau Syarikat Insurans anda seperti salinan "covernote" untuk kegunaan perlindungan kenderaan anda.

iii - Dengan perlaksanaan penuh sistem JPJ eINSURANS berkuatkuasa pada 2 Januari 2005, nota perlindungan fizikal atau " covernote "  tidak lagi dikeluarkan. Walaubagaimana pun penyata yang mengandungi butir-butir terperinci tentang insurans motor anda dikeluarkan kepada anda sebagai pengesahan pembelian perlindungan tersebut.

iv - Melalui JPJ eINSURANS semua maklumat berhubung dengan perlindungan insurans akan disalurkan secara elektronik oleh ejen/syarikat insurans anda kepada JPJ.

v - Hubungi syarikat Insurans anda jika anda tidak dapat sebarang salinan "covernote" atau polisi dari ejen Insurans yang anda perbaharui. Tetapi sekarang kebanyakan syarikat Insurans tidak lagi menghantar polisi Insurans ke alamat rumah anda. Mereka telah mengamalkan "paper less" untuk menjimatkan kos printing. Anda boleh update alamat emel dan no telefon kepada ejen atau syarikat Insurans semasa anda memperbaharui Insurans.

Diharapakan maklumat-maklumat tersebut dapat membantu anda dalam mengetahui hak-hak perlindungan kenderaan anda.

Tiada ulasan: