Rabu, Februari 28, 2007
Selasa, Februari 27, 2007
Keistimewaan / Manfaat Takaful
Kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru'. Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim semata-mata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.
(sumber dari Takaful Ikhlas)
Konsep Takaful
Memahami Kontrak Takaful
Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan 2 jenis 'Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru' (derma) dan Mudharabah (pelaburan) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas).
Dalam kontrak Tabarru', para peserta bersetuju menderma atau menyumbang kepada suatu dana dengan niat ikhlas untuk saling membantu menampung sebarang kerugian dari segi kewangan dan kesusahan yang mungkin menimpa salah seorang daripada mereka.
Melalui kontrak Mudharabah pula, para peserta menyumbang kepada suatu dana yang diuruskan oleh sesebuah syarikat/pengendali Takaful dan berkongsi keuntungan daripada pelaburan tersebut.
(sumber dari Takaful Ikhlas)
Apa Yang Perlu Pemilik Kenderaan Tahu?
- Laporkan kepada Pihak Polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan.
- Pihak Syarikat Insurans mestilah diberitahu secara bertulis dengan butiran terperinci secepat mungkin selepas kejadian yang mungkin menjadi subjek sesuatu tuntutan di bawah Polisi ini.
- Pembaikan Kenderaan Anda tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Syarikat Insurans terlebih dahulu.
- Tuntutan Kerosakan Sendiri Kereta Persendirian - Apabila berlaku kemalangan, pembaikan mestilah dilakukan oleh Bengkel yang terpilih dan diluluskan oleh Pihak Syarikat Insurans. Kegagalan untuk mengalih Kenderaan Anda ke Bengkel yang diluluskan adalah pelanggaran Endorsmen 106 dan Pihak Syarikat Insurans mempunyai hak untuk menolak liabiliti di bawah Seksyen A Polisi ini.
- Kemalangan Melibatkan Pihak Ketiga - Sekiranya Anda terlibat di dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan kepada mana-mana pihak atau kerosakan ke atas mana-mana harta benda atau kenderaan lain Anda mesti: a) cuba menukar butiran insurans dengan tuanpunya kenderaan lain yang terlibat. b) cuba dapatkan nama dan alamat mana-mana saksi kepada kemalangan tersebut. c) laporkan kepada Syarikat dengan segera. d) rujuk kepada Syarikat segala laporan yang di terima dan segera hantarkan kepada Syarikat segala surat-menyurat yang diterima. e) tidak membayar sebarang wang kepada mana-mana pihak yang terlibat di dalam kemalangan tanpa kebenaran bertulis Syarikat.
- Kewajipan Pendedahan - Jika Anda gagal mendedahkan kepada Pihak Syarikat Insurans secara penuh dan jujur, semua fakta yang Anda tahu atau sepatutnya tahu, atau jika Anda salah nyata mana-mana fakta kepada Syarikat sebelum Polisi dimulakan, Syarikat boleh mengetepikan Polisi ini. Anda mestilah mematuhi dan memenuhi Terma, Syarat, Pengendorsan, Fasal atau Waranti Polisi.
- Pemegang Polisi haruslah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjaga Kenderaan Bermotor daripada kerugian atau kerosakan.
- Kami mempunyai budi bicara sepenuhnya terhadap pengendalian, pembelaan dan/atau penyelesaian mana-mana tuntutan.
(sumber dari Kurnia Insurans)
Perkhidmatan Kami

Kebanyakkan pelanggan kami adalah terdiri daripada penduduk sekitar Meru, Puncak Alam, Batu Belah, Klang, Shah Alam, KL dan Putrajaya. Antara perkhidmatan yang kami sediakan untuk pelanggan kami adalah memperbaharui Insurans dan Cukai Jalan samada geran di bank atau pada pelanggan. Setakat ini kami telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 600 pelanggan.
Isnin, Februari 26, 2007
Pencapaian Kami


Kelebihan Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas adalah syarikat yang mula-mula kami daftar semasa di awal pembukaan kedai Takaful kami. Kami telah berdaftar pada Disember 2004. Kod Agen kami ialah GG05146.
Pada tahun lepas jualan insurans kami telah mencapai RM 250,000. Syarikat Takaful Ikhlas telah menjadi pilihan kami kerana ketika itu syarikat ini baru ditubuhkan pada tahun 2003. Ketika itu agen mereka tidak begitu ramai. Kami yakin ia akan menjadi salah satu syarikat Insurans yang kukuh satu masa nanti.
Antara kelebihan Takaful Ikhlas ialah sistem 'Claim' yang cepat dan mudah berbanding syarikat Insurans yang lain. Ia juga berasaskan Syariah dan pulangan Mudharabah berdasarkan sumbangan (premium).
Kelebihan Commerce Takaful

Kelebihan Kurnia Insurans

Sejarah HADRAA Resources
Syarikat ini telah bergiat pada permulaannya dengan pengalaman berurusniaga secara konvensional antara orang perseorangan dan syarikat milik persendirian.
Kini kami melangkah setapak lagi dengan pengurusan perniagaan yang lebih profesional dan beretika. Selain syarikat yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 15 Disember 2004, kami juga telah berusaha mendapatkan akuan daripada Kementerian Kewangan Malaysia sebagai kontraktor bumiputera.
Ahad, Februari 25, 2007
Panduan Penjimatan Petrol
Sebarang pengubahsuaian pada kenderaan boleh mengakibatkan anda akan berbelanja lebih terutamanya jika pengubahsuaian tersebut bertujuan hanya untuk mencatikkan kenderaan dan menambahkan kelajuan kenderaan. Ianya bukan hanya mengakibat anda akan berbelanja lebih malah ianya akan membahayakan nyawa anda.
Sistem suspensi yang diubahsuai dan spring yang dipotong boleh mengakibatkan anda akan kerap menukar tayar. Sistem kaburator dan sistem ekzos yang diubahsuai pula boleh mengakibatkan anda berbelanja lebih untuk petrol. Sistem elektronik dan audio visual yang berlebihan boleh mengakibatkan bateri kenderaan anda tidak tahan lama.
Semua pengubahsuaian ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang professional dan diiktiraf dan hanyalah untuk golongan mereka yang mampu. Jika anda ingin berjimat cermat , tambahan pula dengan kenaikan harga petrol dan tol, adalah lebih baik anda menggunakan kenderaan mengikut spesifikasi yang telah disediakan oleh pengeluar.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda menjimatkan penggunaan petrol untuk kenderaan anda.
Pastikan “tuning” enjin baik. Enjin yang “tuning” nya tidak sempurna akan mengakibatkan penggunaan petrol yang lebih pada kadar purata 4.1%.
Periksa dan tukar penapis udara mengikut jadual. Menukar penapis udara yang telah kotor boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 10%. Menukar penapis udara bukan hanya akan menjimat petrol malah ianya akan melindungi enjin kenderaan anda.
Pastikan angin tayar mencukupi. Dengan memastikan angin tayar anda sentiasa mencukupi pada kadar yang ditetapkan, ianya akan menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 3.3%. Tayar yang kurang angin akan mengguna lebih petrol sebanyak 0.4 % untuk setiap 1 psi yang kurang. Tayar kenderaan yang mempunyai angin yang cukup adalah lebih selamat dan tahan lebih lama.
Gunakan minyak enjin yang disyorkan. Anda boleh menjimatkan petrol sebanya 1-2 % dengan menggunakan minyak enjin yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan. Sebagai contoh, menggunakan minyak enjin gred 10W-30 untuk kenderaan yang disyorkan 5W-30 akan menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 1-2 %. Menggunakan minyak enjin gred 5W-30 untuk kenderaan yang disyorkan 5W-20 akan menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 1-2%.
Juga perhatikan minyak enjin yang menyatakan “Energy Conserving” pada simbol prestasi API untuk mempastikan ianya mengandungi bahan pengurang geseran.
Pemanduan yang berhemah. Pemanduan yang tidak berhemah, berlumba, sering menggunakan brek, sering menukar gear boleh mengakibatkan penggunaan petrol yang lebih sebanyak 33% di lebuhraya dan 5% di dalam kawasan bandar. Pemanduan berhemah bukan hanya menjimatkan penggunaan petrol malah ianya adalah lebih selamat.
Kawal kelajuan. Penggunaan minyak akan menjadi lebih banyak apabila kelajuan melebihi 100 km/sejam. Untuk setiap 10 km/j berikut penggunaan petrol akan melebihi pada kadar 7-23%. Mengawal kelajuan adalah lebih selamat untuk anda.
Elakkan enjin dibiarkan hidup jika berhenti lama. Kenderaan yang lebih besar akan menggunakan lebih petrol jika dibiarkan hidup jika berhenti lama. Sekiranya anda berhenti lebih dari 1 minit adalah lebih menjimatkan jika enjin dimatikan.
Penggunaan “cruise control” di lebuhraya dapat mengawal kadar kelajuan kenderaan anda pada kadar yang tetap, ini dapat menjimatkan penggunaan petrol.
Penggunaan “gear overdrive” akan mengurangkan kadar putaran enjin. Ini akan menjimatkan petrol dan mengurangkan beban pada enjin.
Penggunaan kargo tambahan pada bumbung kenderaan “roof rack” akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 5%.
Kurangkan tarikan aerodinamik dan tingkatkan penjimatan petrol dengan meletakkan sedikit beban pada ruang belakang kenderaan anda.
Jangan letakkan barang berat berlebihan yang tidak diperlukan dalam ruang belakang kenderaan anda. Setiap 50kg beban akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 1-2%.
Kurangkan penggunaan penghawa dingin, terutamanya jika anda berhenti lama. Jika boleh rapatkan tingkap dan guna pengalir udara. Tingkap yang terbuka luas akan mengakibat lebih beban apabila kenderaan bergerak.
Pastikan palam pencucuh “spark plug” sentiasa baik, tukar mengikut jadual yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda.
Pastikan sistem ekzos anda baik dan tiada kebocoran. Anda boleh mendengar jika sesuatu yang tidak kena pada sistem ekzos kenderaan anda.
Dewan Pemuda PAS Kaw Rembau