Selasa, Februari 27, 2007

Konsep Takaful

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling mambantu di kalangan para pesertanya.

Memahami Kontrak Takaful

Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan 2 jenis 'Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru' (derma) dan Mudharabah (pelaburan) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas).

Dalam kontrak Tabarru', para peserta bersetuju menderma atau menyumbang kepada suatu dana dengan niat ikhlas untuk saling membantu menampung sebarang kerugian dari segi kewangan dan kesusahan yang mungkin menimpa salah seorang daripada mereka.

Melalui kontrak Mudharabah pula, para peserta menyumbang kepada suatu dana yang diuruskan oleh sesebuah syarikat/pengendali Takaful dan berkongsi keuntungan daripada pelaburan tersebut.

(sumber dari Takaful Ikhlas)

Tiada ulasan: