Selasa, Februari 27, 2007

Apa Yang Perlu Pemilik Kenderaan Tahu?

KENYATAAN PENTING : Kewajipan Anda sebagai Pemilik Kenderaan Sekiranya Berlaku Kemalangan

  1. Laporkan kepada Pihak Polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan.
  2. Pihak Syarikat Insurans mestilah diberitahu secara bertulis dengan butiran terperinci secepat mungkin selepas kejadian yang mungkin menjadi subjek sesuatu tuntutan di bawah Polisi ini.
  3. Pembaikan Kenderaan Anda tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Syarikat Insurans terlebih dahulu.
  4. Tuntutan Kerosakan Sendiri Kereta Persendirian - Apabila berlaku kemalangan, pembaikan mestilah dilakukan oleh Bengkel yang terpilih dan diluluskan oleh Pihak Syarikat Insurans. Kegagalan untuk mengalih Kenderaan Anda ke Bengkel yang diluluskan adalah pelanggaran Endorsmen 106 dan Pihak Syarikat Insurans mempunyai hak untuk menolak liabiliti di bawah Seksyen A Polisi ini.
  5. Kemalangan Melibatkan Pihak Ketiga - Sekiranya Anda terlibat di dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan kepada mana-mana pihak atau kerosakan ke atas mana-mana harta benda atau kenderaan lain Anda mesti: a) cuba menukar butiran insurans dengan tuanpunya kenderaan lain yang terlibat. b) cuba dapatkan nama dan alamat mana-mana saksi kepada kemalangan tersebut. c) laporkan kepada Syarikat dengan segera. d) rujuk kepada Syarikat segala laporan yang di terima dan segera hantarkan kepada Syarikat segala surat-menyurat yang diterima. e) tidak membayar sebarang wang kepada mana-mana pihak yang terlibat di dalam kemalangan tanpa kebenaran bertulis Syarikat.
  6. Kewajipan Pendedahan - Jika Anda gagal mendedahkan kepada Pihak Syarikat Insurans secara penuh dan jujur, semua fakta yang Anda tahu atau sepatutnya tahu, atau jika Anda salah nyata mana-mana fakta kepada Syarikat sebelum Polisi dimulakan, Syarikat boleh mengetepikan Polisi ini. Anda mestilah mematuhi dan memenuhi Terma, Syarat, Pengendorsan, Fasal atau Waranti Polisi.
  7. Pemegang Polisi haruslah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjaga Kenderaan Bermotor daripada kerugian atau kerosakan.
  8. Kami mempunyai budi bicara sepenuhnya terhadap pengendalian, pembelaan dan/atau penyelesaian mana-mana tuntutan.

(sumber dari Kurnia Insurans)

Tiada ulasan: