Isnin, Mac 12, 2007

Jenis-Jenis Perlindungan Insurans Motor

Apakah Jenis-Jenis Perlindungan Insurans yang boleh didapati?
Pemilihan polisi insurans adalah serupa seperti memilih kenderaan. Ia diperlukan untuk keperluan individu dan gaya hidup kita tetapi yang paling penting ia memenuhi bajet kita. Dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah perlu sekurang-kurangnya kita ada perlindungan bagi pihak ketiga, tetapi untuk jenis perlindungan lain adalah pilihan.
Pada Akta itu, polisi insurans motor disarankan perlindungan minima adalah Pihak Ketiga yang diperlukan dalam undang-undang. Di luar Akta, pemandu kenderaan perlu membeli insurans motor untuk memastikan pemandu boleh melindungi kenderaan mereka jika berlakunya kemalangan atau kematian dalam kemalangan.
Insurans motor bagi Pihak Ketiga adalah lebih luas daripada Akta. Selain memberikan melindungi terhadap kematian dan kecederaan kepada pihak ketiga, ia menyediakan perlindungan kepada kenderaan untuk pihak Ketiga.
Dalam perlindungan pihak ketiga, pemegang polisi boleh memilih untuk memasukkan perlindungan kerugian atau kerosakan untuk kenderaan sendiri seperti kebakaran dan kecurian sahaja. Bagaimanapun, pemegang polisi mendapati dengan membayar lebih sedikit untuk mendapatkan perlindungan insurans motor komprehensif adalah lebih bermanfaat.




Polisi insurans bagi perlindungan komprehensif hanya meliputi pihak ketiga dan meliputi perlindungan bagi kerugian atau kerosakan untuk kenderaan sendiri seperti kebakaran dan kecurian sahaja. Polisi ini juga membolehkan syarikat insurans membaiki, menggantikan dan menggembalikan jika berlaku kerosakan atau kehilangan.

3 kategori utama perlindungan tambahan adalah
  • Retakan kaca pada cermin depan atau tingkap
  • Banjir, tanah runtuh atau bencana alam yang lain
  • Tindakan kecuaian (seperti penumpang membuka pintu kereta dan menyebabkan kemalangan)
  • Kereta persendirian untuk tujuan tuisyen (seperti mengajar pemandu baru bagaimana untuk memandu dengan menggunakan kereta persendirian)

Manfaat Insurans Motor

Bagaimana boleh kita menerima perlindungan daripada insurans motor kita?

Untuk menerima perlindungan ini, kita sebagai pemegang-pemegang polisi, telah membayar premium kepada syarikat Insurans. Syarikat insurans akan mengumpulkan semua premium ke sebuah dana yang akan digunakan untuk dijadikan pampasan bagi setiap pemegang polisi yang mengalami kemalangan motor. Oleh itu, jika berlaku kemalangan, beban anda akan diringankan dengan kaedah dana tersebut. Itulah pentingnya insurans motor.

Kenapa Kita Perlukan Insurans Motor

Anda baru sahaja membeli sebuah motosikal. Sebelum anda menggunakannya di jalanraya, di sisi undang-undang pemandu kenderaan perlu membeli insurans motor.

Statistik kemalangan motor yang terkini mendedahkan bahawa lebih 215,000 buah kenderaan telah terlibat di dalam kemalangan. Pada 1997, telah meningkat sebanyak 14 peratus daripada tahun sebelumnya. Oleh itu maka tidak hairanlah memiliki insurans motor adalah syarat wajib pada pemilik-pemilik kenderaan.

Antara sebab utama kenapa kita perlu membeli insurans motor ialah untuk melindungi kenderaan kita apabila berlaku kemalangan yang boleh mengakibatkan kerosakan serius dan ianya merupakan kerugian jika tiada insurans untuk melindungi kenderaan kita atau pihak lain. Apabila kita membeli insurans motor, kita sebenarnya telah melindungi aset kita kerana pada hari ini kenderaan adalah aset kedua paling bernilai selepas rumah kita.

Pandu Selamat

Sabtu, Mac 10, 2007

Pemandu Dan Penumpang

Khas Untuk Pemandu Dan Penumpang

Insurans Kemalangan Persendirian

(Driver And Passengers Personal Accident Insurance)


Ini adalah polisi yang melindungi pemandu dan penumpang semasa memandu atau perjalanan dengan kenderaan sebagai penumpang, menaiki atau turun dari kenderaan yang dinamakan.


Satu polisi insurans yang direka khas untuk memberi perlindungan kepada pemandu dan penumpang-penumpangnya termasuk pampasan ke atas kematian, kehilangan keupayaan kekal dan perbelanjaan perubatan akibat kemalangan.


Ciri-ciri Unik



  • Permohonan yang mudah
  • Faedah dibayar sebagai tambahan kepada Polisi Kemalangan Diri yang lain
  • Faedah dibayar tanpa mengambil kira kecuaian pemandu
  • Faedah Kematian Kemalangan dan Kehilangan Keupayaan Kekal dilanjutkan untuk melindungi Pemegang Polisi 24 jam sehari tidak kira samada dia berada di dalam kenderaan yang dinamakan
  • Untuk penumpang kereta, teksi, van, trak, pacuan 4 roda
  • Perlindungan dari umur 3 hingga 70 tahun
  • Premium yang mampu dibayar adalah dari RM50.00 setahun

Jumaat, Mac 09, 2007

Penggunaan Topi Keledar


  1. Pastikan kualiti topi keledar diperakui oleh SIRIM

  2. Kemas, selesa dan kukuh buatannya. Topi keledar yang longgar adalah tidak selamat dan keadaanya sama seperti tidak memakai topi keledar


  3. Pilihan warna yang cerah


  4. Guna pita pemantul di belakang, kanan dan kiri topi keledar anda


  5. Tukar jika terdapat kerosakan

Penunggang Motor Yang Berhemat


Apa yang perlu anda lakukan sebelum menunggang motosikal ?


  • Mempunyai lesen memandu

  • Mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans

  • Memastikan kenderaan dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan

  • Mematuhi undang-undang lalulintas

  • Menunggang disebelah kiri jalan atau gunakan laluan yang disediakan sekiranya memandu di lebuhtaya

  • Amalkan sikap bertolak-ansur, bersopan dan bertimbangrasa dengan pengguna jalanraya yang lain

  • Patuhi had laju yang telah ditetapkan

  • Tiga perkara asas yang perlu diberi perhatian ketika menunggang

  • a) Pemerhatian
    b) Penilaian
    c) Tindakan


Sabtu, Mac 03, 2007

Pembayaran Insurans

PEMBAYARAN:



1) Tunai

2) Cek (atas nama: HADRAA RESOURCES)

3) 'Bank in' akaun: RHB Bank - Current 262296-0000-5064

4) Rhb.com.my (nama dan nombor akaun seperti di atas)

5) Maybank2u.com (atas nama: HAIDAR BIN TASLIN: 162067456794)

Ketatkan Topi Keledar Anda


Tidak ramai yang tahu, topi keledar yang kita gunakan diperbuat daripada adunan fiber, kaca istimewa serta karbon. Pada bahagian luarnya diperbuat daripada polistirena khas dengan pengalas anti-kebakaran. Di sebelah dalamnya untuk mengurangkan hentaman pelanggaran dan mengelakkan kelecuran. Tahukah anda setiap topi keledar yang bermutu telah melalui ujian terperinci sebelum dijual kepada anda?

Topi keledar boleh menjamin keselamatan anda – sekiranya anda menggunakannya dengan betul iaitu dengan mengikat topi keledar dengan rapi semasa memakainya. Ingatlah, sekiranya anda tidak mengikatnya dengan ketat, topi keledar yang terbaik pun tidak dapat menyelamatkan anda.


Jadi, sentiasa gunakanlah topi keledar anda semasa menunggang motosikal walaupun cuma ke kedai di hujung jalan untuk membeli ais krim.


Pastikan topi keledar anda dipasang dengan cermat, betul dan diikat ketat.

Jumaat, Mac 02, 2007

Bandingkan Harga Tawaran Kami

Anda hanya perlu smskan maklumat di bawah
  1. No Pendaftaran Kenderaan
  2. Nama Pemilik
  3. Buatan & Model Kenderaan
  4. Tahun Dan Kapasiti Enjin (cc)
  5. Nama Syarikat Insurans

SMSkan ke

014-2326730 (hanya kegunaan sms sahaja)

Untuk Memperbaharui Insurans

Apa Yang Anda Perlu Buat.. hanya.....



Faks ke 03-33923346:


Polisi Insurans Terdahulu atau 'Covernote' atau Surat Pembaharuan(Renewal Letter)
  1. Geran Kenderaan (Jika tiada dokumen di atas)
  2. Jangan lupa nyatakan no tel atau email untuk dihubungi.

Selepas kami proses, kami fakskan covernote tersebut dan automatik cukai jalan boleh dibuat dimana-mana pejabat pos atau JPJ.

INSURANS dan 'ROAD TAX' dah tamat tempoh??...

Dah tamat tempoh??...

Dapatkan perkhidmatan profesional, Islamik dan menguntungkan dari kami..


Kelebihan TAKAFUL IKHLAS
  1. Skim Insurans berasaskan Syariah (TAKAFUL)
  2. NCD (diskaun) boleh dipindah terus dari insurans terdahulu
  3. Pulangan MUDHARABAH (keuntungan) dari sumbangan (premium)
  4. Sumbangan (premium) berpatutan mengikut kehendak pelanggan atau mengikut harga pasaran kereta
  5. Tidak perlu mengisi borang

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Pembaharuan Insurans Kereta Online (e-Insurans) seluruh negara.
  2. Pembaharuan cukai jalan (kawasan sekitar Klang,Shah Alam dan PJ)
  3. Penyemakan saman JPJ & PDRM