Isnin, Mac 12, 2007

Jenis-Jenis Perlindungan Insurans Motor

Apakah Jenis-Jenis Perlindungan Insurans yang boleh didapati?
Pemilihan polisi insurans adalah serupa seperti memilih kenderaan. Ia diperlukan untuk keperluan individu dan gaya hidup kita tetapi yang paling penting ia memenuhi bajet kita. Dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah perlu sekurang-kurangnya kita ada perlindungan bagi pihak ketiga, tetapi untuk jenis perlindungan lain adalah pilihan.
Pada Akta itu, polisi insurans motor disarankan perlindungan minima adalah Pihak Ketiga yang diperlukan dalam undang-undang. Di luar Akta, pemandu kenderaan perlu membeli insurans motor untuk memastikan pemandu boleh melindungi kenderaan mereka jika berlakunya kemalangan atau kematian dalam kemalangan.
Insurans motor bagi Pihak Ketiga adalah lebih luas daripada Akta. Selain memberikan melindungi terhadap kematian dan kecederaan kepada pihak ketiga, ia menyediakan perlindungan kepada kenderaan untuk pihak Ketiga.
Dalam perlindungan pihak ketiga, pemegang polisi boleh memilih untuk memasukkan perlindungan kerugian atau kerosakan untuk kenderaan sendiri seperti kebakaran dan kecurian sahaja. Bagaimanapun, pemegang polisi mendapati dengan membayar lebih sedikit untuk mendapatkan perlindungan insurans motor komprehensif adalah lebih bermanfaat.




Polisi insurans bagi perlindungan komprehensif hanya meliputi pihak ketiga dan meliputi perlindungan bagi kerugian atau kerosakan untuk kenderaan sendiri seperti kebakaran dan kecurian sahaja. Polisi ini juga membolehkan syarikat insurans membaiki, menggantikan dan menggembalikan jika berlaku kerosakan atau kehilangan.

3 kategori utama perlindungan tambahan adalah
  • Retakan kaca pada cermin depan atau tingkap
  • Banjir, tanah runtuh atau bencana alam yang lain
  • Tindakan kecuaian (seperti penumpang membuka pintu kereta dan menyebabkan kemalangan)
  • Kereta persendirian untuk tujuan tuisyen (seperti mengajar pemandu baru bagaimana untuk memandu dengan menggunakan kereta persendirian)

Tiada ulasan: