Selasa, April 10, 2007

Teksi - Takaful Tidak Menginsuranskan

Teksi adalah antara kenderaan yang tidak diluluskan dalam insurans Takaful Ikhlas dan Commerce Takaful. Adalah tidak dapat dipastikan antara sebab-sebabnya. Mungkin teksi adalah kenderaan yang berisiko tinggi. Oleh itu ia dikecualikan dari insurans takaful. Selain itu dari pengalaman kami memperbaharui insurans untuk pelanggan kami, antara kenderaan lain yang dikecualikan oleh Takaful Ikhlas ialah Ford Ranger Extreme dan Toyota Harrier. Alasannya adalah kenderaan tersebut 'panas'. Banyak kes kecurian bagi kedua-dua jenama ini. Tapi kenderaan ini masih boleh diinsuranskan oleh syarikat Kurnia Insurans. Mereka masih menerima untuk diinsuranskan bagi kenderaan 'panas' ini.

2 ulasan:

Kuranawatil berkata...

Apa guna membenarkan Syarikat Insuran kalau tujuan mereka hendak mengutip premium sahaja??? dan tidak mahu memberi perlindungan pada beberapa kategori kenderaan???

Tujuan insuran sebenar adalah memberi perlindungan terhadap harta tuan punya kenderaan!!!

Jika beberapa jenis kenderaan disukai oleh pencuri kereta adakah ianya salah sipemilik kereta!!! Penguatkuasaan oleh pihak kerajaan seperti Polis JPJ, Kastam dan lain perlu ditingkatkan. Disebabkan kebenaran kepada Syarikat insuran oleh badan kerajaan untuk memilih jenis-jenis kenderaan yg hendak diinsurankan maka terdapat ketidak seimbangan risiko-risiko yg ditanggung oleh syarikat-syarikat insuran timbul!!!
Bagi mengelakkan pekara ini pihak syarikat insuran peru dilarang dari memilih kenderaan yg berisiko rendah sahaja. Semua syarikat Insuran diwajib menawarkan jenis insurans kenderaan yang standard sahaja( sama bagi setiap syarikat-syarikat insuran.

Sekiranya tuan punya kenderaan mempunyai rekod buruk maka dibenarkan pihak Insuran untuk Mengenakan Loading dan/Atau untuk tidak menerima permohonan insuran tersebut!!!

Walaubagaimanapun ingin dimaklumkan kerugian besar yg ditanggung oleh syarikat insuran dari tuntutan insuran kemalangan adalah disebabkan penguatkuasaan yg tidak cekap oleh pihak insuran sendiri, Adjuster=adjuster yang dilantik perlulah yg boleh dipercayai. Woksyop-woksyop yg dilantik kebanyakan menuntut lebih tinggi dari kos sebenar pembaikpulihan kenderaan-kenderaan.
Jangan disebabkan ketidakupayaan pihak Syarikat insuran pemilik kenderaan menjadi mangsa.
Kalau tak mahu nak lindungi insuran baik jangan buat business Insuran jual nasi lemak saja ler!!!!!

Zubir berkata...

Saya setuju dengan kuranawatil. Syarikat insurans tidak boleh dibenarkan memilih kenderaan yang untuk diinsuranskan. Dalam hal ini bank negara lemah