Rabu, Februari 28, 2007

Lokasi Kami

No 1, Kedai MPK, Persiaran Hamzah Alang,
Meru, 42200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
03-3392 3346 (Ofis/Fax)
019-239 1141 (H/P)

Selasa, Februari 27, 2007

Keistimewaan / Manfaat Takaful

Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk. Pertama, keuntungan dari segi kewangan menerusi pelan Takaful dan perlaksanaan Mudharabah.

Kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru'. Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim semata-mata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.

(sumber dari Takaful Ikhlas)

Konsep Takaful

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling mambantu di kalangan para pesertanya.

Memahami Kontrak Takaful

Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan 2 jenis 'Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru' (derma) dan Mudharabah (pelaburan) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas).

Dalam kontrak Tabarru', para peserta bersetuju menderma atau menyumbang kepada suatu dana dengan niat ikhlas untuk saling membantu menampung sebarang kerugian dari segi kewangan dan kesusahan yang mungkin menimpa salah seorang daripada mereka.

Melalui kontrak Mudharabah pula, para peserta menyumbang kepada suatu dana yang diuruskan oleh sesebuah syarikat/pengendali Takaful dan berkongsi keuntungan daripada pelaburan tersebut.

(sumber dari Takaful Ikhlas)

Apa Yang Perlu Pemilik Kenderaan Tahu?

KENYATAAN PENTING : Kewajipan Anda sebagai Pemilik Kenderaan Sekiranya Berlaku Kemalangan

  1. Laporkan kepada Pihak Polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan.
  2. Pihak Syarikat Insurans mestilah diberitahu secara bertulis dengan butiran terperinci secepat mungkin selepas kejadian yang mungkin menjadi subjek sesuatu tuntutan di bawah Polisi ini.
  3. Pembaikan Kenderaan Anda tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Syarikat Insurans terlebih dahulu.
  4. Tuntutan Kerosakan Sendiri Kereta Persendirian - Apabila berlaku kemalangan, pembaikan mestilah dilakukan oleh Bengkel yang terpilih dan diluluskan oleh Pihak Syarikat Insurans. Kegagalan untuk mengalih Kenderaan Anda ke Bengkel yang diluluskan adalah pelanggaran Endorsmen 106 dan Pihak Syarikat Insurans mempunyai hak untuk menolak liabiliti di bawah Seksyen A Polisi ini.
  5. Kemalangan Melibatkan Pihak Ketiga - Sekiranya Anda terlibat di dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan kepada mana-mana pihak atau kerosakan ke atas mana-mana harta benda atau kenderaan lain Anda mesti: a) cuba menukar butiran insurans dengan tuanpunya kenderaan lain yang terlibat. b) cuba dapatkan nama dan alamat mana-mana saksi kepada kemalangan tersebut. c) laporkan kepada Syarikat dengan segera. d) rujuk kepada Syarikat segala laporan yang di terima dan segera hantarkan kepada Syarikat segala surat-menyurat yang diterima. e) tidak membayar sebarang wang kepada mana-mana pihak yang terlibat di dalam kemalangan tanpa kebenaran bertulis Syarikat.
  6. Kewajipan Pendedahan - Jika Anda gagal mendedahkan kepada Pihak Syarikat Insurans secara penuh dan jujur, semua fakta yang Anda tahu atau sepatutnya tahu, atau jika Anda salah nyata mana-mana fakta kepada Syarikat sebelum Polisi dimulakan, Syarikat boleh mengetepikan Polisi ini. Anda mestilah mematuhi dan memenuhi Terma, Syarat, Pengendorsan, Fasal atau Waranti Polisi.
  7. Pemegang Polisi haruslah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjaga Kenderaan Bermotor daripada kerugian atau kerosakan.
  8. Kami mempunyai budi bicara sepenuhnya terhadap pengendalian, pembelaan dan/atau penyelesaian mana-mana tuntutan.

(sumber dari Kurnia Insurans)

Perkhidmatan Kami

Alhamdulillah, kini kami telah berada di tahun yang ke-4 dengan menjalankan perniagaan sendiri. Kami telah menjadi agen Insurans bagi syarikat Insurans yang berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) iaitu Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Commerce Takaful Berhad dan Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad.

Kebanyakkan pelanggan kami adalah terdiri daripada penduduk sekitar Meru, Puncak Alam, Batu Belah, Klang, Shah Alam, KL dan Putrajaya. Antara perkhidmatan yang kami sediakan untuk pelanggan kami adalah memperbaharui Insurans dan Cukai Jalan samada geran di bank atau pada pelanggan. Setakat ini kami telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 600 pelanggan.

Isnin, Februari 26, 2007

Pencapaian Kami



Alhamdulillah. Pada akhir tahun 2006 kami telah tersenarai antara agen-agen yang akan menerima anugerah dari Syarikat Takaful Ikhlas. Ia adalah antara pencapaian yang membanggakan bagi kami pada tahun 2005/2006 kerana kami baru sahaja melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang di miliki 100% bumiputera dan dalam bidang Insurans dimana masih banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari dalam bidang Insurans ini. Bidang Insurans ini amat luas sebenarnya. Kami telah dianugerahkan dengan
Anugerah Al-Nur
Silver Award
Takaful AM
Bagi Tahun 2005/2006
Untuk 2007 kami akan berusaha mengekalkan pencapaian ini.

Kelebihan Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas adalah syarikat yang mula-mula kami daftar semasa di awal pembukaan kedai Takaful kami. Kami telah berdaftar pada Disember 2004. Kod Agen kami ialah GG05146.

Pada tahun lepas jualan insurans kami telah mencapai RM 250,000. Syarikat Takaful Ikhlas telah menjadi pilihan kami kerana ketika itu syarikat ini baru ditubuhkan pada tahun 2003. Ketika itu agen mereka tidak begitu ramai. Kami yakin ia akan menjadi salah satu syarikat Insurans yang kukuh satu masa nanti.

Antara kelebihan Takaful Ikhlas ialah sistem 'Claim' yang cepat dan mudah berbanding syarikat Insurans yang lain. Ia juga berasaskan Syariah dan pulangan Mudharabah berdasarkan sumbangan (premium).

Kelebihan Commerce Takaful


Commerce Takaful telah diperkenalkan pada awal Januari 2006. Ia juga adalah salah satu produk Takaful di Malaysia. Oleh itu kami telah mendaftar di Syarikat Commerce Takaful pada bulan Jun 2006. Kod Agen kami adalah GI0461.
Antara kelebihan Commerce Takaful ini ialah Insurans kenderaan yang berasaskan Syariah dan mempunyai pulangan Mudharabah hasil dari keuntungan dari sumbangan (premium) pada tahun tersebut. Selain itu Commerce Takaful dipunyai oleh salah satu bank yang terbesar di Malaysia iaitu Bank CIMB dan tentunya mempunyai platform yang kukuh.

Kelebihan Kurnia Insurans


Kami telah mendaftar di Syarikat Kurnia pada bulan Jun 2006. Kod Agen H23400-00. Antara kelebihan Kurnia ini jika anda memperbaharui Insurans dengan pakej perlindungan pihak ketiga (Third Party) ia adalah syarikat yang menawarkan harga yang lebih rendah berbanding syarikat Takaful yang sedia ada.
Selain itu Kurnia mempunyai pengurusan yang begitu terancang disamping sistem yang mantap. Ia juga mempunyai rangkaian agen yang ramai di seluruh Malaysia. Kurnia telah lama menceburi bidang Insurans dan sekarang adalah salah satu syarikat Insurans yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan pada pelanggannya.

Sejarah HADRAA Resources

HADRAA Resources adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun 2004. Penubuhan syarikat ini adalah di atas kesedaran untuk mengusahakan perniagaan sendiri dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan ruang yang ada di dalam suasana ekonomi negara yang memberangsangkan kini.

Syarikat ini telah bergiat pada permulaannya dengan pengalaman berurusniaga secara konvensional antara orang perseorangan dan syarikat milik persendirian.

Kini kami melangkah setapak lagi dengan pengurusan perniagaan yang lebih profesional dan beretika. Selain syarikat yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 15 Disember 2004, kami juga telah berusaha mendapatkan akuan daripada Kementerian Kewangan Malaysia sebagai kontraktor bumiputera.

Ahad, Februari 25, 2007

Panduan Penjimatan Petrol

Sebarang pengubahsuaian pada kenderaan boleh mengakibatkan anda akan berbelanja lebih terutamanya jika pengubahsuaian tersebut bertujuan hanya untuk mencatikkan kenderaan dan menambahkan kelajuan kenderaan. Ianya bukan hanya mengakibat anda akan berbelanja lebih malah ianya akan membahayakan nyawa anda.



Sistem suspensi yang diubahsuai dan spring yang dipotong boleh mengakibatkan anda akan kerap menukar tayar. Sistem kaburator dan sistem ekzos yang diubahsuai pula boleh mengakibatkan anda berbelanja lebih untuk petrol. Sistem elektronik dan audio visual yang berlebihan boleh mengakibatkan bateri kenderaan anda tidak tahan lama.



Semua pengubahsuaian ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang professional dan diiktiraf dan hanyalah untuk golongan mereka yang mampu. Jika anda ingin berjimat cermat , tambahan pula dengan kenaikan harga petrol dan tol, adalah lebih baik anda menggunakan kenderaan mengikut spesifikasi yang telah disediakan oleh pengeluar.



Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda menjimatkan penggunaan petrol untuk kenderaan anda.

Pastikan “tuning” enjin baik. Enjin yang “tuning” nya tidak sempurna akan mengakibatkan penggunaan petrol yang lebih pada kadar purata 4.1%.



Periksa dan tukar penapis udara mengikut jadual. Menukar penapis udara yang telah kotor boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 10%. Menukar penapis udara bukan hanya akan menjimat petrol malah ianya akan melindungi enjin kenderaan anda.



Pastikan angin tayar mencukupi. Dengan memastikan angin tayar anda sentiasa mencukupi pada kadar yang ditetapkan, ianya akan menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 3.3%. Tayar yang kurang angin akan mengguna lebih petrol sebanyak 0.4 % untuk setiap 1 psi yang kurang. Tayar kenderaan yang mempunyai angin yang cukup adalah lebih selamat dan tahan lebih lama.



Gunakan minyak enjin yang disyorkan. Anda boleh menjimatkan petrol sebanya 1-2 % dengan menggunakan minyak enjin yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan. Sebagai contoh, menggunakan minyak enjin gred 10W-30 untuk kenderaan yang disyorkan 5W-30 akan menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 1-2 %. Menggunakan minyak enjin gred 5W-30 untuk kenderaan yang disyorkan 5W-20 akan menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 1-2%.



Juga perhatikan minyak enjin yang menyatakan “Energy Conserving” pada simbol prestasi API untuk mempastikan ianya mengandungi bahan pengurang geseran.

Pemanduan yang berhemah. Pemanduan yang tidak berhemah, berlumba, sering menggunakan brek, sering menukar gear boleh mengakibatkan penggunaan petrol yang lebih sebanyak 33% di lebuhraya dan 5% di dalam kawasan bandar. Pemanduan berhemah bukan hanya menjimatkan penggunaan petrol malah ianya adalah lebih selamat.



Kawal kelajuan. Penggunaan minyak akan menjadi lebih banyak apabila kelajuan melebihi 100 km/sejam. Untuk setiap 10 km/j berikut penggunaan petrol akan melebihi pada kadar 7-23%. Mengawal kelajuan adalah lebih selamat untuk anda.



Elakkan enjin dibiarkan hidup jika berhenti lama. Kenderaan yang lebih besar akan menggunakan lebih petrol jika dibiarkan hidup jika berhenti lama. Sekiranya anda berhenti lebih dari 1 minit adalah lebih menjimatkan jika enjin dimatikan.



Penggunaan “cruise control” di lebuhraya dapat mengawal kadar kelajuan kenderaan anda pada kadar yang tetap, ini dapat menjimatkan penggunaan petrol.



Penggunaan “gear overdrive” akan mengurangkan kadar putaran enjin. Ini akan menjimatkan petrol dan mengurangkan beban pada enjin.



Penggunaan kargo tambahan pada bumbung kenderaan “roof rack” akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 5%.



Kurangkan tarikan aerodinamik dan tingkatkan penjimatan petrol dengan meletakkan sedikit beban pada ruang belakang kenderaan anda.



Jangan letakkan barang berat berlebihan yang tidak diperlukan dalam ruang belakang kenderaan anda. Setiap 50kg beban akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 1-2%.



Kurangkan penggunaan penghawa dingin, terutamanya jika anda berhenti lama. Jika boleh rapatkan tingkap dan guna pengalir udara. Tingkap yang terbuka luas akan mengakibat lebih beban apabila kenderaan bergerak.



Pastikan palam pencucuh “spark plug” sentiasa baik, tukar mengikut jadual yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda.


Pastikan sistem ekzos anda baik dan tiada kebocoran. Anda boleh mendengar jika sesuatu yang tidak kena pada sistem ekzos kenderaan anda.

Dewan Pemuda PAS Kaw Rembau