Contact

Whatsapp / Telegram : 019-211 9641

Sabtu, Mac 05, 2011

Extention (Sambung Insuran)

Insuran masih ada tapi roadtax dah mati? Kenapa? Untuk pengetahuan para pembaca blog ini, antara sebab utama ia berlaku

1. Anda membeli kereta terpakai (secondhand)
2. Anda membeli roadtax 6 bulan

1. Anda membeli kereta terpakai (secondhand)
Kebetulan semasa anda membeli dan tukar nama pemilik di usedcar kereta tersebut masih mempunyai roadtax yang masih valid. Ini kerana proses tukar nama perlukan insuran baru atas nama pemilik baru tetapi roadtax masih boleh guna selagi ia masih
belum tamat.

2. Anda membeli roadtax 6 bulan
Insuran anda beli 1 tahun kerana memang wajib membeli untuk setahun. tetapi roadtax anda perbaharui 6 bulan. tetapi anda terlewat 2 bulan untuk sambung perbaharui 6 bulan lagi.

Atas sebab-sebab di atas anda perlu membeli insuran yang dipanggil Extension (sambung). Anda perlu buat extension insuran di agen insuran yang anda beli untuk tahun sebelum itu. Jika tidak, anda perlu juga ke mana-mana agen bagi insuran yang sama atau ke Branch Insuran terdekat. Tujuannya untuk sambung insuran bagi mencukupkan 6 bulan bagi perbaharui roadtax 6 bulan.

Selepas proses ini iaitu insuran dan roadtax akan tamat pada tarikh yang sama.

1 ulasan:

rabel berkata...

Owh kiranya sy hnya perlu hdpkan roadtax utk 6bln lg..sy beli kereta second hand n gn previous road tax owner sblm n skrg da 6bln makanya sy perlu sambung roadtax lg 6 bln sbb insuran setahun