Selasa, Mac 01, 2011

NCD Pindah Luar Negara

Sekiranya anda belajar, berhijrah atau bekerja di luar negara, anda boleh membuat pindahan NCD milik anda ke luar negara. Saya pernah tolong pelanggan saya untuk mohon surat pengesahan NCD di sini bagi tujuan convert NCD di United Kingdom tapi negara lain saya tak pasti diterima atau tidak.

NCD yang kita ada akan ditukarkan dalam bentuk tahun. Kalau NCd di Malaysia 0%, 25%, 30%, 38.33%, 45% dan 55%. Tapi diluar negara mereka menggunakan tahun. Konsep NCD sama untuk mendapatkan diskaun semasa membeli insuran kenderaan.

Contohnya anda pernah membeli insuran dengan Takaful Ikhlas selama 3 tahun berturut-turut dari 2008, 2009, 2010 maka jika kita meminta pengesahan NCD dari Takaful Ikhlas untuk dibawa ke UK, NCD anda akan disahkan yang anda mempunyai NCD sebanyak 3 tahun.

Jadi ambil berat mengenai NCD untuk mendapatkan penjimatan semasa memperbaharui insuran kenderaan.

2 ulasan:

Rusdi berkata...

Assalamualaikum..
saya nak tanya, macam mana sy hendak mendapatkan pengesahan NCD dari Takaful untuk di bawa ke UK?

hadraa berkata...

boleh rujuk pada syarikat insuran. mereka akan terangkan lebih lanjut.
pengesahan NCD boleh didapati pada syarikat Insuran.