Khamis, September 10, 2015

Memperbaharui Insurans Melalui Egen Adalah Lebih Baik!!

Kelebihan Memperbaharui Insurans Melalui Ejen

Sebelum anda memperbaharui Insurans pertimbangkanlah saranan-saranan ini terlebih dahulu...

1- Memilih Ejen yang bertanggungjawab

Adalah dinasihatkan anda memperbaharui insurans melalui ejen yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Anda boleh membuat perbandingan dengan mendapatkan beberapa khidmat nasihat dari ejen-ejen yang berdaftar.

Ejen yang memfokuskan perniagaannya kepada insurans sahaja adalah antara ciri-ciri ejen yang bertanggungjawab walaupun saiz perniagaannya tidak besar. Ramai pelanggan kami yang mengadu memperbaharui insurans di pejabat pos atau JPJ tetapi tidak mendapat maklumat lengkap insurans yang mereka langgan. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran untuk 'claim' atau 'extension' dan sebagainya. Bahkan NCD yang sepatutnya mereka nikmati pun tidak di'update'.

2- Mendapatkan khidmat nasihat yang lengkap

Setiap syarikat insurans mempunyai 'perangai' yang berbeza. Dapatkan maklumat insurans yang terbaik untuk anda melalui ejen-ejen yang luas pengetahuan dan pengalaman mereka. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan syarikat sahaja seperti 'rebate' yang menarik dan sebagainya kerana matlamat utama insurans adalah perlindungan apabila kita ditimpa masalah.

Cubalah tawar-menawar bagi mendapatkan harga yang anda ingini dan mendapatkan penjelasan kenapa harga tersebut adalah jumlah yang wajar untuk dibayar agar ia tidak terlalu tinggi sehingga terlalu menguntungkan ejen atau terlalu rendah sehingga merugikan anda di kemudian hari.

3- Mendapatkan khidmat sampingan

Ejen yang bagus mampu memberikan khidmat sampingan bagi memudahkan anda seperti memperbaharui cukai jalan di JPJ. Walaupun ada cas tambahan yang dikenakan tetapi ia dapat membantu memudahkan urusan anda.


Tiada ulasan: