Selasa, September 15, 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Membuat Tuntutan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Membuat Tuntutan

Sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan

 
1 - Catatkan nama dan alamat pemandu, buatan/model dan nombor pendaftaran setiap kenderaan, nombor lesen pemandu dan butir-butir Insurans dan juga nama dan alamat saksi yang terlibat. (Jika dapat detail-detail tersebut) Tapi paling penting catat nombor kenderaan untuk nyatakan dalam repot polis nanti.

2 - Buat laporan polis dalam masa 24 jam dan maklumkan syarikat Insurans anda secara bertulis dengan memberi butir-butir lengkap dengan segera. (Isi borang tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga)

3 - Sekiranya kenderaan anda rosak, anda boleh memilih sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga.

i- Tuntutan Kerosakan Sendiri - membuat tuntutan terhadap polisi komprehensif anda sendiri.    Walaubagaimana pun anda akan kehilangan kelayakan NCD.

ii - Tuntutan Pihak Ketiga - sekiranya anda bukan pihak yang bersalah dalam kemalangan tersebut, anda boleh mengemukakan tuntutan sama ada terus kepada syarikat Insurans anda, tanpa kehilangan kelayakan NCD. Anda digalakkan mengemukakan tuntutan anda kepada syarikat Insurans anda sendiri untuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan.

4 - Untuk tuntutan kerosakan sendiri, hubungi syarikat Insurans anda dengan segera bagi mendapatkan nasihat. Jika syarikat Insurans anda mencadangkan atau menhendaki kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel/yang diluluskan hantar kenderaan anda ke sana seperti yang dinasihakan. Syarikat Insurans akan menolak tuntutan anda sekiranya kenderaan anda dihantar ke bengkel yang tidak diluluskan oleh syarikat Insurans anda.

5 - Syarikat Insurans akan menghantar Pegawai "Adjuster" Insurans untuk menilai kerosakan kenderaan anda sebelum meluluskan kerja-kerja pembaikan.

"Betterment" (PENTING)

Ia dikenakan jika alat lama diganti dengan alat francais baru semasa membaiki kerosakan kenderaan (umur kenderaan adalah lima tahun dan ke atas) akibat kemalangan. Anda akan menanggung perbezaan kos terbabit (bergantung kepada umur kenderaan anda) kerana kenderaan anda yang telah diperbaiki kini berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding sebelum ia ditimpa kemalangan.



Tiada ulasan: