Selasa, September 29, 2015

Borang Hibah

Borang Hibah

Di sini anda yang ada membeli perlindungan Insurans Syarikat Takaful Ikhlas boleh memuat turun borang hibah dan menghantar ke Syarikat Takaful Ikhlas dengan cara fax atau emel atau pos (Rujuk dalam borang Hibah)

Ini kerana Syarikat Takaful Ikhlas sudah tidak menghantar cek-cek bayaran Hibah kepada para pelanggan mengikut Pekeliling Bank Negara yang akan mengenakan caj setiap cek yang dikeluarkan.

Muatturun Borang Hibah Di Sini

Apa Itu Hibah

Hibah adalah hadiah yang diberikan oleh Syarikat secara sukarela. Takaful IKHLAS menawarkan Hibah kepada peserta yang layak dengan syarat tiada tuntutan yang dimulakan dalam tempoh perlindungan kepada semua peserta dalam Produk Takaful Am. Kami telah mengamalkan pengagihan Hibah sejak 2012.Pengagihan Hibah adalah mungkin disebabkan oleh keuntungan yang konsisten yang ada dalam dana Takaful berdasarkan pengunderaitan yang baik, tuntutan dan amalan pengurusan aset. Hibah adalah dibenarkan oleh Syariah di mana ia berpegang kepada nilai-nilai kerjasama dan pertolongan seperti yang terkandung dalam konsep takaful.

Hibah bukan satu jumlah automatik atau dijamin dibayar kepada peserta yang layak. Ia adalah semata-mata bergantung kepada adanya keuntungan dalam dana Takaful.Selaras dengan perkembangan industri Takaful, kami menggalakkan e-pembayaran sebagai kaedah pembayaran untuk pembayaran Hibah. E-pembayaran telah terbukti sebagai cara yang selamat dan mudah untuk transaksi pembayaran.Peserta akan dapat mengalami pembayaran Hibah lebih cepat melalui e-Bayaran dengan mengisi Borang Butiran Pemegang Akaun Bank untuk tujuan ini

Isnin, September 21, 2015

Tips Untuk Insuran HILUX Murah (Comprehensive) Cover RM 66000

Tips Untuk Insuran HILUX Murah (Comprehensive) Cover RM 66000

Anda mencari Insuran 4WD Hilux Murah? Ya saya ada tips untuk anda dapatkan insuran hilux yang murah. Cara ini sah. Baca sampai habis.

Anda lihat sebutharga di bawah ini. Murahkan cover RM 66,000 harga RM 2,192.36
Itu harga tiada NCD. Kalau ada NCD lagi murah. Apa dia NCD tu . Baca link ini
Sebutharga tersebut tiada caj tambahan "loading" dan PA tambahan.

Nak dapatkan harga Hilux murah klik link ini E-Agent. Anda pasti berpuas hati. Jangan lupa "share" dengan orang lain ye. 



Kadar Cukai Jalan

Kadar Cukai Jalan Terkini

MOTOSIKAL

Kapasiti Enjin (CC) Kadar Cukai Jalan (RM)
Bawah 150 2.00
151 - 200 30.00
201 - 250 50.00
251 - 500 180.00
501 - 800 250.00
Atas 800 350.00

KERETA PERSENDIRIAN (PETROL)

Kapasiti Enjin (CC) Kadar Cukai Jalan (RM)
Bawah 1,000 20.00
1,001 - 1,200 55.00
1,201 - 1,400 70.00
1,401 - 1,600 90.00

KERETA PERSENDIRIAN (PETROL) LEBIH 1,600 CC

Kapasiti Enjin (CC) Kadar Cukai Jalan (RM)
1,601 - 1,800 200.00 + (Baki 1,600 CC X RM 0.40)
1,801 - 2,000 280.00 + (Baki 1,800 CC X RM 0.50)
2,001 - 2,500 380.00 + (Baki 2,000 CC X RM 1.00)
2,501 - 3,000 880.00 + (Baki 2,500 CC X RM 2.50)
3,001 - 5,000 2,130.00 + (Baki 3,000 CC X RM 4.50)

Contoh Kiraan Toyota Altis 1.8E (1798 CC)

1798 - 1600 = (198 X RM 0.40) + RM 200
Harga Cukai Jalan = RM 279.20


Khamis, September 17, 2015

Beli Insuran Kenderaan Takaful Ikhlas Secara Online. Keyin Sendiri Di Rumah Anda. (E-Agent)

Beli Insuran Kenderaan Takaful Ikhlas Secara Online. Keyin Sendiri Di Rumah Anda.

Kami telah ada website E-Agent untuk anda beli Insuran Kenderaan Takaful Ikhlas secara Online. Yang uniknya anda boleh key-in sendiri di mana sahaja 24 jam sehari tidak kira masa.

Anda bayar melalui website tersebut tanpa menggunakan agen insurans, runner atau orang tengah. Tidak perlu "transfer" duit atau "bank-in" kepada sesiapa pun. Ia lebih security dan telus. Kurangkan risiko anda. Anda boleh "print" polisi Insuran.

Anda juga boleh belikan Insuran Kenderaan untuk adik-beradik, rakan-rakan serta jiran tetangga. 

Klik website E-Agent

Selasa, September 15, 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Membuat Tuntutan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Membuat Tuntutan

Sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan

 
1 - Catatkan nama dan alamat pemandu, buatan/model dan nombor pendaftaran setiap kenderaan, nombor lesen pemandu dan butir-butir Insurans dan juga nama dan alamat saksi yang terlibat. (Jika dapat detail-detail tersebut) Tapi paling penting catat nombor kenderaan untuk nyatakan dalam repot polis nanti.

2 - Buat laporan polis dalam masa 24 jam dan maklumkan syarikat Insurans anda secara bertulis dengan memberi butir-butir lengkap dengan segera. (Isi borang tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga)

3 - Sekiranya kenderaan anda rosak, anda boleh memilih sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga.

i- Tuntutan Kerosakan Sendiri - membuat tuntutan terhadap polisi komprehensif anda sendiri.    Walaubagaimana pun anda akan kehilangan kelayakan NCD.

ii - Tuntutan Pihak Ketiga - sekiranya anda bukan pihak yang bersalah dalam kemalangan tersebut, anda boleh mengemukakan tuntutan sama ada terus kepada syarikat Insurans anda, tanpa kehilangan kelayakan NCD. Anda digalakkan mengemukakan tuntutan anda kepada syarikat Insurans anda sendiri untuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan.

4 - Untuk tuntutan kerosakan sendiri, hubungi syarikat Insurans anda dengan segera bagi mendapatkan nasihat. Jika syarikat Insurans anda mencadangkan atau menhendaki kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel/yang diluluskan hantar kenderaan anda ke sana seperti yang dinasihakan. Syarikat Insurans akan menolak tuntutan anda sekiranya kenderaan anda dihantar ke bengkel yang tidak diluluskan oleh syarikat Insurans anda.

5 - Syarikat Insurans akan menghantar Pegawai "Adjuster" Insurans untuk menilai kerosakan kenderaan anda sebelum meluluskan kerja-kerja pembaikan.

"Betterment" (PENTING)

Ia dikenakan jika alat lama diganti dengan alat francais baru semasa membaiki kerosakan kenderaan (umur kenderaan adalah lima tahun dan ke atas) akibat kemalangan. Anda akan menanggung perbezaan kos terbabit (bergantung kepada umur kenderaan anda) kerana kenderaan anda yang telah diperbaiki kini berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding sebelum ia ditimpa kemalangan.



Khamis, September 10, 2015

Memperbaharui Insurans Melalui Egen Adalah Lebih Baik!!

Kelebihan Memperbaharui Insurans Melalui Ejen

Sebelum anda memperbaharui Insurans pertimbangkanlah saranan-saranan ini terlebih dahulu...

1- Memilih Ejen yang bertanggungjawab

Adalah dinasihatkan anda memperbaharui insurans melalui ejen yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Anda boleh membuat perbandingan dengan mendapatkan beberapa khidmat nasihat dari ejen-ejen yang berdaftar.

Ejen yang memfokuskan perniagaannya kepada insurans sahaja adalah antara ciri-ciri ejen yang bertanggungjawab walaupun saiz perniagaannya tidak besar. Ramai pelanggan kami yang mengadu memperbaharui insurans di pejabat pos atau JPJ tetapi tidak mendapat maklumat lengkap insurans yang mereka langgan. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran untuk 'claim' atau 'extension' dan sebagainya. Bahkan NCD yang sepatutnya mereka nikmati pun tidak di'update'.

2- Mendapatkan khidmat nasihat yang lengkap

Setiap syarikat insurans mempunyai 'perangai' yang berbeza. Dapatkan maklumat insurans yang terbaik untuk anda melalui ejen-ejen yang luas pengetahuan dan pengalaman mereka. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan syarikat sahaja seperti 'rebate' yang menarik dan sebagainya kerana matlamat utama insurans adalah perlindungan apabila kita ditimpa masalah.

Cubalah tawar-menawar bagi mendapatkan harga yang anda ingini dan mendapatkan penjelasan kenapa harga tersebut adalah jumlah yang wajar untuk dibayar agar ia tidak terlalu tinggi sehingga terlalu menguntungkan ejen atau terlalu rendah sehingga merugikan anda di kemudian hari.

3- Mendapatkan khidmat sampingan

Ejen yang bagus mampu memberikan khidmat sampingan bagi memudahkan anda seperti memperbaharui cukai jalan di JPJ. Walaupun ada cas tambahan yang dikenakan tetapi ia dapat membantu memudahkan urusan anda.


Selasa, September 08, 2015

Tutorial Penggunaan E-Agent Takaful Ikhlas (Anda Boleh Keyin Insurans Sendiri) Tanpa Berjumpa Agent Atau Branch Part 2

Tutorial Penggunaan E-Agent Takaful Ikhlas (Anda Boleh Keyin Insurans Sendiri)  Tanpa Berjumpa Agent Atau Branch Part 2

Pilih No 1 

Pastikan sebelum anda keyin anda telah sediakan geran / salinan geran (jika geran di bank) / salinan Insuran sebelum ini.

* Tanda ini perlu di isi.

User ID : terpulang username anda sekiranya masih available dalam sistem.
(Mudah ingat untuk login semula)





Sudah Isi Semua Maklumat Pemunya Kenderaan Dan GST Tekan NEXT
 

Isi semua maklumat berkaitan Kenderaan anda mengikut maklumat dalam geran atau insurans sebelum ini. Tarikh tamat Insurans mestilah tepat jika tidak NCD tidak akan update mengikut tahun dan Cukai Jalan tidak dapat diperbaharui. Anda boleh semak di sini


Dibahagian "Sum Insured" anda klik "CHECK ISM-ABI MARKET VALUE" untuk semak harga semasa kenderaan Anda mengikut spesifikasi model kenderaan anda. Jika anda hendak kurangkan jumlah "Sum Insured" hanya boleh kurang 10% sahaja dari "market value"  sahaja.

"Market value" ini akan dikemaskinikan setiap bulan mengikut sistem ISM-ABI MARKET VALUE

Jika anda mengikut harga "sum insured" tersebut Insha ALLAH proses tuntutan anda akan lancar.
Mungkin anda boleh baca artikel ini.

Untuk "Hire Purchase Company" Anda boleh pilih bank anda membuat pinjaman kenderaan.
Jika tidak tersenarai, anda boleh pilih "OTHER" bahagian bawah anda Tulis contoh "ELK DESA CAPITAL SDN BHD" 

Untuk Perlindungan Tambahan anda klik "additional name driver" jika ada pemandu selain anda.
Nama Pemandu Kedua adalah percuma. Nama Pemandu Ketiga Ada Caj Tambahan RM 10 dan seterusnya.

Perlindungan "Windscreen" anda boleh rujuk di artikel ini. Klik Sini.

Jika anda berminat hendak mengambil lain-lain perlindungan tambahan amatlah di alu-alukan.


 Setelah semua di isi yang bertanda * anda klik "Generate Quotation" untuk anda melihat harga premium Insurans. Harga Insuran yang perlu dibayar seperti di bawah."Purchase Amount"


Jika setuju maka anda buat bayaran samada menggunakan kad kredit atau FPX (Online Banking) - Bank-bank di Malaysia.


Semoga langkah-langkah yang diberikan membantu anda memperbaharui Insuran kenderaan anda sendiri tanpa keluar rumah.

Tutorial Penggunaan E-Agent Takaful Ikhlas (Anda Boleh Keyin Insurans Sendiri) Tanpa Berjumpa Agent Atau Branch Part 1

Tutorial Penggunaan E-Agent Takaful Ikhlas (Anda Boleh Keyin Insurans Sendiri)
Tanpa Berjumpa Agent Atau Branch Part 1


Pilihan

1. Membuat Sijil Insurans Baru
2. Pembaharuan Sijil Insurans (Sebelum Ini Membeli Insurans Dengan Takaful Ikhlas
3. Untuk Melihat Keputusan Refer Case ( Bergantung Model Kenderaan )
4. Semak Pembayaran
5. Untuk Melihat Semula Sebutharga Yang telah Di Key In Dalam Sistem
6. Semak Status JPJ Sama Ada "Accepted" atau "Reject"
7. Mencetak Sijil / Covernote
8. Mendapatkan Sebutharga Premium Insurans Secara Ringkas
9. Mendapat Maklumat Produk Lain Syarikat Takaful Ikhlas

Saya akan terangkan langkah yang perlu sahaja untuk keyin Insurans kenderaan anda sendiri

Pilih No 8 Untuk Mendapatkan Sebutharga Premium Insuran Segara Ringkas 




Sekiranya telah mendapat anggaran harga dan sudah berpuashati dengan sebutharga tersebut untuk membuat Insurans Pilih No 1. Sambungan Tutorial

Isnin, September 07, 2015

Perbaharui Cukai Jalan / Roadtax Menggunakan MYEG

Perbaharui Cukai Jalan / Roadtax Menggunakan MYEG

Myeg menghantar Cukai Jalan / Roadtax ke semua tempat ( Satu Malaysia ) menggunakan perkhidmatan Pos Laju jika diluar Lembah Klang. Oleh itu anda perbaharui cukai jalan awal untuk menggelakkan kelewatan menerima cukai jalan anda.

Pastikan anda telah memperbaharui Insurans terlebih dahulu.
Untuk perbaharui Insurans Takaful Ikhlas Keyin Sendiri Tanpa Jumpa Agent.
Tutorial Klik Sini.


Klik Sini

username : admin100
password : abcd1234


Pastikan segala maklumat adalah betul seperti no kad pengenalan, no kenderaan, no telefon, alamat emel dan alamat penghantaran. 


Jika ada sebarang kemusykilan boleh hubungi help line MyEG 03-7801 8888

Sabtu, September 05, 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Membeli Perlindungan Insurans Kenderaan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Membeli Perlindungan Insurans Kenderaan

1 - Kepentingan Insuran

Pastikan anda membeli Insurans sebaik sahaja anda membeli kenderaan tidak kira kenderaan  terpakai atau baru. Sekiranya anda membeli kenderaan terpakai, pastikan anda melindungi kepentingan anda dengan membeli polisi Insurans yang baru. Ini kerana perlindungan Insurans pemilik dahulu tidak lagi sah walaupun pindahmilik yang sah belum lagi dibuat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. 

2 - Nilai Di Insuranskan / Jumlah Di Insuranskan "Sum Cover"  (PENTING)

Pastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan "Sum Cover" secukupnya.
Kenderaan baru : nilai diinsuranskan = harga belian
Kenderaan lain : nilai diinsuranskan = nilai pasaran kenderaan semasa polisi dibeli "current market" 

Terkurang Insurans :  Jika nilai diinsuranskan rendah daripada nilai pasaran, anda dianggap menginsuranskan sendiri perbezaan tersebut. Jika berlaku kerugian, anda akan dibayar (dilindungi) hanya sebahagian daripada gantirugi.

Terlebih Insurans : Jika nilai diinsuranskan tinggi daripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimum adalah nilai pasaran kenderaan tersebut. Anda tidak boleh mendapat keuntungan daripada tuntutan Insurans (Prinsip Indemniti)

3 - Klausa Purata

Ia diguna pakai apabila kenderaan anda yang terkurang Insurans mengalami kerosakan. Tuntutan Insurans anda akan dikurangkan dengan nisbah nilai kenderaan yang tidak diinsuranskan, contohnya jika nada menginsuranskan kenderaan anda sehingga 70% daripada nilai pasaran, syarikat Insurans hanya akan membayar 70% daripada jumlah kos pembaikan.

4 - Pendedahan

Nyatakan semua fakta penting, contohnya kemalangan yang dialami sebelum ini dan pengubahsuaian enjin. Jika anda gagal berbuat demikian, syarikat Insurans mungkin akan menolak tuntutan anda atau sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut. 

5 - NCD "No Claim Discaount" Diskaun Tanpa Tuntutan

Premium yang perlu dibayar boleh dikurangkan oleh kelayakan NCD anda. NCD akan diberikan sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi anda dalam tempoh 12 bulan sebelum itu. Kelayakan NCD bergantung kepada kelas kenderaan anda dan bilangan tahun pengalaman memandu yang berterusan dengan tanpa tuntutan. Anda akan kehilangan keseluruhan kelayakan NCD anda apabila tuntutan dibuat atas kerosakan sendiri atau pihak ketiga dibuat terhadap polisi anda.
Tahun Nilai NCD
1 0.00%
2 25.00%
3 30.00%
4 38.33%
5 45.00%
6 55.00%

6 - Ekses

Ia adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung manakala syarikat Insurans akan membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jika polisi anda mempunyai ekses, anda perlu membayar jumlah ekses terus kepada bengkel pembaikan kenderaan.

Walaubagaimana pun terdapat juga syarikat Insurans yang tidak mengenakan ekses. Anda boleh membuat pemerhatian sendiri. Ekses dikenakan bergantung dengan nilai keupayaan "CC" sesebuah model kenderaan. semakin besar nilai keupayaan "CC" semakin tinggi nilai ekses. Ia dikira nisbah 1 : 100 contoh Sum cover : RM 50,000 maka nilai ekses ialah RM 500.

Ekses ini dibayar pada bengkel pembaikan untuk mempercepatkan proses tuntutan kenderaan anda.
Pada pengalaman pihak kami sendiri, anda juga boleh tawar-menawar dengan pihak bengkel untuk mendapat diskaun ekses jika mereka boleh beri diskaun.

7 - Pembayaran Premium

i - Premium hendaklah dibayar kepada ejen yang mewakili syarikat Insurans anda atau secara terus kepada Syarikat Insurans sebelum perlindungan dapat diberikan.

ii - Pembayaran boleh dibuat dengan nilai tunai, transfer bank dan kad kredit.

iii - Pastikan anda menerima resit bagi premium yang dibayar kepada ejen Insurans atau Syarikat Insurans anda seperti salinan "covernote" untuk kegunaan perlindungan kenderaan anda.

iii - Dengan perlaksanaan penuh sistem JPJ eINSURANS berkuatkuasa pada 2 Januari 2005, nota perlindungan fizikal atau " covernote "  tidak lagi dikeluarkan. Walaubagaimana pun penyata yang mengandungi butir-butir terperinci tentang insurans motor anda dikeluarkan kepada anda sebagai pengesahan pembelian perlindungan tersebut.

iv - Melalui JPJ eINSURANS semua maklumat berhubung dengan perlindungan insurans akan disalurkan secara elektronik oleh ejen/syarikat insurans anda kepada JPJ.

v - Hubungi syarikat Insurans anda jika anda tidak dapat sebarang salinan "covernote" atau polisi dari ejen Insurans yang anda perbaharui. Tetapi sekarang kebanyakan syarikat Insurans tidak lagi menghantar polisi Insurans ke alamat rumah anda. Mereka telah mengamalkan "paper less" untuk menjimatkan kos printing. Anda boleh update alamat emel dan no telefon kepada ejen atau syarikat Insurans semasa anda memperbaharui Insurans.

Diharapakan maklumat-maklumat tersebut dapat membantu anda dalam mengetahui hak-hak perlindungan kenderaan anda.